Jabatan Pengangkutan Jalan Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussien, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 WP Putrajaya
Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti- Corruption Plan (OACP) Jabatan Pengangkutan Jalan 2021-2025 Siri 2.0 merupakan dokumen dasar antirasuah di Peringkat Jabatan bertujuan menyediakan halatuju dan kerangka pencegahan rasuah secara berstruktur dengan jelas selaras dengan hasrat Jabatan ingin mengurangkan karenah birokrasi serta mencegah berlakunya perlakuan rasuah.