Jabatan Pengangkutan Jalan Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussien, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 WP Putrajaya
Sejak 1 November 1971, semua kenderaan barangan yang mempunyai BDM kurang daripada 2,500kg adalah akan dikategorikan sebagai kenderaan De-Controlled dan dikecualikan daripada mempunyai Permit / Lesen Pembawa. Ketetapan tersebut turut telah diperincikan di bawah Road Traffic Ordinance 1958.
Kategori kenderaan De-Controlled ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu dan menggalakkan perkembangan sektor peniagaan tempatan terutamanya yang melibatkan industri kecil dan sederhana bagi membawa barangan perniagaan sendiri untuk pasaran.
Kenderaan De-Controlled ini adalah tidak dibenarkan untuk melaksanakan konsep sewa dan upah (Hire and Reward) dengan membawa barang perniagaan orang lain.
Seterusnya, pada 1 September 1996, Jemaah Menteri telah memperluaskan kriteria kategori kenderaan De-Controlled dengan meluluskan cadangan pindaan kadar had berat iaitu daripada 2,500 kilogram kepada BDM 5,000 kilogram.
Selepas keputusan Jemaah Menteri tersebut, semua kenderaan barangan yang mempunyai BDM kurang daripada 5,000 kilogram telah dikategorikan sebagai kenderaan De-Controlled dan kekal sehingga hari ini.
Setelah hampir 20 tahun, had BDM bagi kenderaan De-Controlled masih kekal iaitu hanya melibatkan kenderaan barangan yang BDM kurang daripada 5,000kg sahaja dan tiada sebarang semakan polisi untuk kadar baru BDM tersebut walaupun perkembangan teknologi dan kejuruteraan automotif telah banyak berubah dari aspek teknikal dan keselamatan.
Sehubungan dengan itu, cadangan penetapan kadar baru had BDM melibatkan kenderaan De-Controlled ini adalah perlu diteliti semula untuk memastikan perkembangan teknologi automotif terkini yang melibatkan kenderaan barangan adalah selari dengan dasar sedia ada di peringkat Kementerian dan Jabatan seterusnya dapat menggalakan pertumbuhan ekonomi negara serta dapat mengurangkan ketirisan hasil kerajaan akibat isu membawa muatan berlebihan yang melibatkan kenderaan De-Controlled sedia ada.
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KENAIKAN BERAT DENGAN MUATAN (BDM) MELIBATKAN KENDERAAN BARANGAN KATEGORI DE-CONTROLLED - attachment