Kenderaan Elektrik

Berdasarkan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987,  kenderaan motor elektrik  ditafsirkan sebagai kenderaan motor yang dipacu oleh sumber elektrik dan tidak termasuk basikal elektrik.

Setiap kenderaan elektrik yang digunakan di atas jalanraya hendaklah mempunyai sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval - VTA) dan wajib memenuhi ketetapan berikut :-

·         Nombor siri dan nombor casis yang terang & jelas;

·         Kelajuan maksimum  melebihi 50km/j;

·         Kebolehan mendaki melebihi  gradient 20%;

·         Spesifikasi bateri perlu diperakui oleh badan kompeten;

·         Bagi motosikal elektrik perlu mematuhi standard  MS 2413;

·         Mematuhi  Peraturan UNR100 : Battery Electric Vehicles;

·        Sistem pendawaian elektrik perlu diperakui oleh pihak kompeten.

                                                             Contoh Kenderaan Elektrik (Kereta & Motosikal)

 

Berdasarkan kepada APJ 1987,  basikal elektrik pula ditafsirkan sebagai basikal  yang mempunyai pengayuh (pedal) dan dilengkapi dengan motor elektrik berkuasa maksimum  0.25 kW serta boleh mencapai kelajuan maksimum iaitu  25  km/j.

Basikal elektrik ini sering digunakan oleh orang awam dalam aktiviti beriadah dan kegunaan harian dalam jarak perjalanan yang dekat. Namun begitu, basikal elektrik tersebut adalah tidak dibenarkan digunakan di atas mana  mana jalanraya yang diwartakan.

Basikal elektrik adalah dikategorikan dalam kumpulan yang sama dengan basikal konvensional. Dengan demikian, penggunaan basikal elektrik ini adalah juga perlu tertakluk kepada semua ketetapan yang sama di bawah Akta, Peraturan dan Arahan berkaitan dengan penggunaan basikal konvensional yang sedia ada

                                                                             Contoh Basikal Elektrik

Previous