Jabatan Pengangkutan Jalan Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussien, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 WP Putrajaya
Pengenalan :
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mewajibkan setiap kenderaan perdagangan hendaklah menggunakan reflektor yang telah ditetapkan. Pemasangan ini bermaksud setiap kenderaan perdagangan yang terlibat atau berkaitan perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JPJ.
Latar Belakang :
Piawaian MS 828:2011 (Road Vehicle – Rear and Side Marking – Specification) telah dibangunkan oleh SIRIM pada tahun 2011 iaitu berdasarkan peraturan UN104 (Retro-Reflective Markings for Heavy & Long Vehicles) yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012. Ianya adalah untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain terutamanya pada waktu malam atau gelap sekaligus dapat mengurangkan jumlah kes kemalangan jalanraya.
Tujuan :
1. Menerangkan kepada pemilik/ pengeluar kenderaan tentang prosedur dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk pemasangan reflektor MS 828:2011.
2. Memastikan pemilik/ pengeluar kenderaan melakukan pemasangan reflektor berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.