ARTIKEL PILIHAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

Garis Panduan Permohonan Kod World Manufacturer Identifier (WMI)

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) diberi kuasa untuk sesuatu Kelulusan Jenis Kenderaan Bermotor di Malaysia.

JPJ telah dilantik oleh Jabatan Standard Malaysia sebagai  " National Organization " untuk memberi dan menyediakan kod WMI untuk pengeluar tempatan di Malaysia yang berkuatkuasa pada 1 April 2020.

Pelantikan ini berdasarkan MS ISO 3780 ‘Road Vehicle’ – WMI Code , klausa 3.2 yang menyatakan " National Organization " adalah organisasi yang dilantik oleh setiap badan Anggota Nasional ISO (Jabatan Standard Malaysia), dan bertindak atas nama agensi antarabangsa yang bertanggungjawab untuk penyelenggaraan dan penyerahan kod WMI. Dengan perkara ini Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah dilantik berdasarkan perkara ini.

Bagi kenderaan pemasangan tempatan Kod WMI ini perlu dimohon ke Jabatan ini. Sila rujuk garis panduan berkenaan di lampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut serta borang permohonan.

Tags
kejuruteraan automotif wmi
Previous