ARTIKEL PILIHAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

Penguatkuasaan Terhadap Lampu HID

High intensity Discharged (HID) Headlamp iaitu lampu yang tidak menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon. Pemasangan lampu HID secara aksesori (Retrofit) adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.

 

Lampu HID yang dipasang secara aksesori (retrofit) dengan kuasa melebihi standard yang telah ditetapkan boleh menganggu penglihatan dan seterusnya memudaratkan pengguna jalan raya lain.


Pada 19 November 2007, JPJ telah mengemaskini C&U dan memasukkan peraturan kawalselia terhadap penggunaan lampu HID di dalam Kaedah 96 (2)(i) yang menyatakan "sekiranya lampu HID digunakan, pemasangan,spesifikasi dan sistem lampu tersebut hendaklah mematuhi peraturan UNECE 48, UNECE 98 dan UNECE 99".


Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori (Retrofit)boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan merbahaya pada orang di dalam kenderaan atau di atas jalanraya', kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987.


Pemeriksaan terhadap kenderaan yang mengubahsuai/memasang lampu HID secara aksesori (retrofit) dengan mengeluarkan notis larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) di bawah Seksyen 59 APJ 1987 bagi kes-kes yang dikesan sehingga akhir bulan November 2008.


Saman mula dikeluarkan bermula bulan Disember 2008 terhadap kenderaan yang mengubahsuai/memasang lampu HID secara aksesori (retrofit).


Pemandu/pemilik akan diberi masa selama sepuluh hari (10) untuk memperbetulkan lampu tersebut kepada lampu asal

Tags
jpj hid lampu hid penguatkuasaan terhadap lampu hid
Previous