Jabatan Pengangkutan Jalan Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussien, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 WP Putrajaya
1. PENGURANGAN LKM (ROADTAX) UNTUK KENDERAAN KLASIK / VINTAJ
Perkhidmatan ini membolehkan orang awam memohon pengkelasan kenderaan klasik / vintaj mereka bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) seperti Arahan Jabatan Bilangan 13/ 2000 (Pindaan 1/2002), Prosedur Permohonan untuk Mendapatkan Status Motokar Vintaj / Klasik Bagi Tujuan Pengurangan Bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM). Sistem akan mengklasifikasikan kenderaan tersebut mengikut tahun pembuatan di mana 50 tahun dikategorikan kenderaan vintaj (pengecualian LKM 90%) dan 25 tahun kenderaan klasik (pengecualian LKM 80%). Sila rujuk JPJ berdekatan untuk maklumat lanjut.
2. PENGURANGAN LKM (ROADTAX) BAGI NGO/ LEMBAGA
Jenis Kenderaan /Organisasi
Pertubuhan
Bas
Van
Kereta
Jip
Lain-Lain Kenderaan
Kenderaan Jenazah/Mayat
-
100%
Kenderaan OKU/Amal/Kanser/Spastik
70%
50%
Kenderaan Masjid/Buddha/Kuil/ Gereja
Kenderaan Anak Yatim/Yayasan/Orang Tua
Kenderaan Bomba/Ambulans NGO
Kenderaan Perhilitan/Lembaga/Lain-Lain
Semua permohonan ini perlu melalui JPJ Negeri/Cawangan untuk proses awalan sebelum kelulusan. Sila rujuk JPJ berdekatan untuk maklumat lanjut.