KENYATAAN MEDIA RASMI

Keputusan tempahan nombor pendaftaran siri F

Orang ramai yang telah mengemukakan tempahan nombor pendaftaran siri F boleh mula menyemak keputusan tempahan pada 1 Julai 2016. Notis keputusan akan dipamerkan di Pejabat JPJ Cawangan Putrajaya dan di Bahagian Pelesenan Kenderaan, Aras 3, Ibu Pejabat JPJ Malaysia, Putrajaya serta di semua Ibu Pejabat JPJ Negeri.

Pemenang bagi tempahan nombor pendaftaran siri F boleh membuat bayaran baki di mana-mana pejabat JPJ Negeri atau Cawangan yang melaksanakan urusan pendaftaran kenderaan. Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran semasa (running number) siri F yang tidak ditempah, juga boleh berbuat demikian di mana-mana Pejabat JPJ Negeri mulai 3 Julai 2016 (bagi negeri-negeri yang bekerja pada hari Ahad) dan 4 Julai 2016 (bagi negeri-negeri lain).

Nombor pendaftaran siri F telah dibuka untuk tempahan pada 1 Jun 2016 dan ditutup pada jam 12.00 tengah hari, 14 Jun 2016. JPJ menerima sebanyak 11,683 borang tempahan, jumlah ini merupakan jumlah kedua tertinggi tempahan nombor pendaftaran selepas siri WWW yang dikeluarkan oleh JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2012.

IBU PEJABAT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, MALAYSIA 29 JUN 2016
Laman Web: www.jpj.gov.my

Tags
jpj nombor kenderaan siri f
Sebelum