KENYATAAN MEDIA RASMI

Nombor pendaftaran kenderaan siri V menggantikan siri W bagi wilayah persekutuan kuala lumpur

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ingin memaklumkan bahawa, Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan bagi Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur yang baharu akan bermula dengan huruf “V”.

Siri Nombor Pendaftaran ini adalah bagi menggantikan Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan yang bermula dengan huruf “W” sebelum ini. Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan bagi siri pertama Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri V boleh mengemukakan tempahan tersebut bermula pada 15 Julai 2016 sehingga 12.00 tengahari 28 Julai 2016.

Permohonan tempahan hendaklah dikemukan kepada: Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Lot 14264 Jalan Genting Kelang 53300 Setapak KUALA LUMPUR. Panduan dan syarat-syarat lanjut mengenai tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri V boleh layari laman web rasmi JPJ di www.jpj.gov.my.

IBU PEJABAT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, MALAYSIA 13 JULAI 2016

Tags
jpj siri v
Sebelum