KENYATAAN MEDIA RASMI

Nombor siri pendaftaran F1 catat rekod bidaan tertinggi

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ingin memaklumkan bahawa, keputusan tempahan siri nombor pendaftaran F boleh disemak bermula pada hari ini 1Julai 2016. Tempahan Siri Nombor Pendaftaran F telah dibuka bermula sejak 1 Jun 2016 dan ditutup pada jam 12.00 tengah hari, 14 Jun 2016. Dalam tempoh tempahan tersebut, JPJ menerima 11,683 bilangan borang tempahan.

Daripada 9999 nombor pendaftaran yang dibuka, sebanyak 2,276 nombor pendaftaran yang telah ditender. Nombor pendaftaran F1 mencatat rekod bidaan tertinggi dengan nilai bidaan RM836,000. Nilai tersebut mengatasi Nombor Pendaftaran W 1 N yang dibida sebanyak RM748,000 sebelum ini.

JPJ menganggarkan kutipan hasil bagi tempahan Nombor Pendaftaran Siri F mencecah RM17 juta. Kutipan ini adalah antara yang tertinggi seperti siri WWW dan BMW. Pembida yang berjaya dalam tempahan nombor pendaftaran siri F boleh mula membuat bayaran baki nilai tempahan pada 3 Julai 2016 (bagi negeri-negeri yang bekerja pada hari Ahad) dan 4 Julai 2016 (bagi negeri-negeri lain).

IBU PEJABAT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, MALAYSIA 1 JULAI 2016
Laman Web: www.jpj.gov.my

Tags
jpj siri f1 bidaan tertinggi
Sebelum