KENYATAAN MEDIA RASMI

Penafian kenaikan kadar FI lesen kenderaan motor (LKM) bagi kenderaan 880CC ke atas.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bahawa terdapat pengumuman mengenai kenaikan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang melibatkan semua jenis kenderaan 880cc ke atas bermula Januari 2017. Informasi tersebut tidak tepat dan palsu telah tersebar meluas melalui media sosial dan aplikasi whatapps baru-baru ini. Jabatan ini memandang serius isu kenaikan kadar fi LKM kerana boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat awam.

JPJ ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui media sosial dan aplikasi whatapps yang tidak mempunyai sumber sah. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus kepada Jabatan ini dan tidak turut serta menyebarkan maklumat palsu tersebut. Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia 28 November 2016 –TAMAT

Tags
lesen fi lkm penafian lesen kenderaan motor 800cc
Sebelum