KENYATAAN MEDIA RASMI

Perasmian pejabat cawangan JPJ di kuala selangor

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menaik taraf sebuah Pejabat Stesen Penguatkuasa menjadi Pejabat Cawangan JPJ di Kuala Selangor. Perasmian menaik taraf Pejabat JPJ Cawangan Kuala Selangor merupakan salah satu inisiatif dan komitmen berterusan Kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik dan kemudahan yang selesa kepada penduduk setempat di Kuala Selangor. Majlis Perasmian Pejabat JPJ Cawangan Kuala Selangor disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato’ Sri Ismail Bin Ahmad.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Dato’ Haji Irmohizam Bin Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor. Pejabat JPJ Cawangan Kuala Selangor akan mula beroperasi pada 10 Jun 2016. Pelbagai urusan perkhidmatan ditawarkan di Pejabat Cawangan ini. Antara perkhidmatan utama yang diberikan adalah seperti berikut:

1. Urusniaga berkaitan Lesen Memandu;
2. Memperbaharui cukai jalan;
3. Pembelian Nombor Pendaftaran semasa (running number);
4. Tukar Hak Milik Kenderaan; dan
5. Bayaran saman Lokasi JPJ Cawangan Kuala Selangor ini amat bersesuaian dan strategik, memandangkan jumlah populasi penduduk sekitar semakin meningkat. Sebelum Pejabat JPJ ini dinaik taraf kepada Pejabat Cawangan, penduduk disini akan mendapatkan perkhidmatan dan menjalankan urusniaga di JPJ di Padang Jawa, Shah Alam dimana jaraknya kira-kira 50 KM dari Kuala Selangor.

Dengan pembukaan Pejabat JPJ Cawangan Kuala Selangor, kini JPJ telah mempunyai 67 buah Cawangan di Seluruh Malaysia. Dato’ Sri Ismail Bin Ahmad mengakhiri sidang media pada hari ini dengan menyampaikan harapan semoga Pejabat JPJ Cawangan Cameron Kuala Selangor dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia 10 Jun 2016

-TAMAT-

Tags
jpj cawangan jpj jpj selangor
Sebelum