KENYATAAN MEDIA RASMI

Seramai 101 pelatih berjaya tamat latihan di akademi JPJ

Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia sekali lagi berjaya melahirkan seramai 101 Pembantu Penguatkuasa JPJ Malaysia yang terdiri daripada 72 orang lelaki dan 29 orang wanita dalam satu Majlis Penutupan Kursus Asas Pembantu Penguatkuasa Gred N17 Siri 1/2016. Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya yang dirasmikan penutupannya oleh Yang Berbahagia, Dato’ Sri Ismail Bin Ahmad, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Kursus Asas yang telah dijalankan selama 2 bulan sejak 15 Februari 2016, melibatkan modul perkhidmatan teras Jabatan, iaitu Pelesenan Pemandu dan Kenderaan, Penguatkuasaan dan Undang-undang serta Kejuruteraan Automotif. Para pelatih diperkenalkan dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya serta prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa untuk setiap perkhidmatan teras tersebut. Para pelatih yang berjaya menamatkan latihan di akademi pada hari ini akan ditempatkan ke pejabat JPJ Negeri di seluruh negara untuk menjalani latihan modul pengukuhan selama sebulan.

Pelaksanaan modul pengukuhan ini kepada para pelatih adalah bertujuan untuk merasai sendiri pengalaman berada di lapangan, membuat operasi secara pratikal dan berhadapan dengan pelanggan secara langsung sebelum memulakan tugas sebagai Pegawai Pengangkutan Jalan secara rasminya.

Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia
13 April 2016 Unit Komunikasi Media
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Tel: 03-88928103
Email: pro.hq@jpj.gov.my
Laman Web: www.jpj.gov.my

Tags
jpj pelatih akademi jpj
Sebelum