KENYATAAN MEDIA RASMI

KENYATAAN MEDIA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA PELAKSANAAN OPS PATUH 2017 SEMPENA CUTI SEKOLAH DAN SAMBUTAN TAHUN BARU 2018

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA PELAKSANAAN “ OPS PATUH 2017 ” SEMPENA CUTI SEKOLAH DAN SAMBUTAN TAHUN BARU 2018

Sempena cuti sekolah dan sambutan Tahun Baru 2018, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah melaksanakan “Ops Patuh 2017” sebagaimana halatuju dan visi YB Menteri yang mahukan aktiviti penguatkuasaan dijalankan secara holistik dan tidak bermusim termasuklah di musim cuti yang panjang.

 

 

Tujuan operasi ini adalah untuk :
a) mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya;
b) membudayakan pemanduan berhemah dan selamat oleh pengguna jalan raya;
c) mempertingkatkan Perception Of Being Caught (POBC) di kalangan pengguna jalan raya; dan
d) mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya sepanjang tempoh operasi.


Pelaksanaan operasi ini adalah seperti berikut : -

TEMPOH PENGUATKUASAAN 
a) Ops Patuh 1 bermula pada 16 hingga 22 Oktober 2017;
b) Ops Patuh 2 bermula pada 25 November hingga 31 Disember 2017.

MASA OPERASI 

8.00 pagi – 12.00 malam

KEKUATAN ANGGOTA  

1,200 orang

KEKUATAN ANGGOTA DI LEBUHRAYA

60 pasukan peronda

SASARAN OPERASI

Mensasarkan penurunan jumlah kemalangan termasuk kematian akibat kemalangan jalan raya bagi kategori pengguna seperti berikut:-
a) Motosikal;
b) Kenderaan kereta motor persendirian;
c) Bas
d) Lori

METHODOLOGI PENGUATKUASAAN 
a) Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang melibatkan agensi seperti PDRM dan PLUS.
b) Mengadakan rondaan Penguatkuasaan di kawasan kerap kemalangan di setiap Jalan Persekutuan, Perbandaran dan jalan utama negeri di seluruh negara. Kenderaan-kenderaan akan diperiksa secara rawak untuk meningkatkan Perception Of Being Cought (POBC) di kalangan pemandu dan hendaklah dibuat di tempat yang sesuai yang tidak membahayakan serta tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas.
c) Mengadakan rondaan dan juga operasi statik di susur masuk lebuhraya.
d) Menjalankan penguatkuasaan lori yang memakirkan kenderaan di lebuhraya tanpa segi tiga keselamatan.
e) Memfokuskan 8 kesalahan utama di jalan raya.

Sebelum