ARTIKEL PILIHAN PEMANDU

PROGRAM KHAS PERALIHAN LESEN MEMANDU MALAYSIA (LMM) KELAS B2/ B1 KEPADA LMM KELAS B

PENGENALAN

Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada LMM Kelas B dilaksanakan bermula 1 Oktober 2024 adalah bertujuan untuk:

  1. Menaik Taraf Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 Kepada Kelas B Tertakluk Kepada Syarat-Syarat Yang Ditetapkan; dan
  2. Tiada lagi permohonan baharu bagi mendapatkan LMM Kelas B1 di Institusi Memandu (IM).

PROSES

  1.   Semakan syarat-syarat kelayakan bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada LMM Kelas B boleh     dibuat melalui:
    1. Aplikasi MyJPJ:
    2. Portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my); atau
    3. Kaunter JPJ.
  2. Semak Jadual Latihan atau Pengujian dengan Institut Memandu (IM) terpilih. Senarai IM seperti di Lampiran.
  3. Pendaftaran dan Deklarasi Kesihatan Kendiri di Institut Memandu dengan bayaran RM160.00 (tidak termasuk SST).
  4. Menjalani Latihan Amali Penyesuaian motosikal Kelas B bagi tempoh dua (2) jam.
  5. Menjalani Penilaian Penyesuaian bersama JPJ.
  6. Pengeluaran Lesen Memandu Malaysia (LMM) dibuat di Kaunter JPJ.

NOTA DAN LAMPIRAN

Berikut merupakan Soalan-Soalan Lazim dan senarai Institut Memandu (IM) bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B yang dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebelum