PENERBITAN

JPJ Strategic Plan 2016-2020

Pelan strategik ini penting untuk menyokong transformasi sistem pengangkutan negara ke arah sistem pengangkutan bersepadu dan bertaraf dunia. Pengemaskinian pelan strategik ini juga dapat dijadikan sebagai panduan kepada warga kerja JPJ dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan pihak berkepentingan. Dokumen ini menggariskan lima teras utama Pelan Strategik JPJ secara terperinci sebagai kesinambungan transformasi sistem pengangkutan negara bagi tempoh 2016 hingga 2020.

Hasil daripada semakan dan penambahbaikan pelan strategik ini, lima teras
strategik yang telah dirangka dan ditetapkan iaitu:


i) Memperkasa sistem pendaftaran dan pelesenan kenderaan supaya
bersistematik, berintegriti dan inovatif;


ii) Memperkasakan sistem latihan, pengujian dan pelesenan pemandu yang
efisien bagi melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang kompeten dan
selamat;


iii) Memperkasakan industri kejuruteraan automotif melalui pembinaan dan
penggunaan kenderaan yang mematuhi piawaian antarabangsa supaya
selamat digunakan di jalan raya;


iv) Menguatkuasa dan mentadbir undang-undang pengangkutan jalan dengan
komited dan berintegriti untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai
budaya kepatuhan kepada peraturan jalan raya; dan


v) Memperkasakan tadbir urus dan integriti Jabatan bagi meningkatkan
penyampaian perkhidmatan.

Sebelum