Perutusan Ketua Setiausaha

YBHG. DATO JANA SANTHIRAN MUNIAYAN,
KETUA SETIAUSAHA,
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

 

Dato' Jana Santhiran mula berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia pada 17 Januari 2023. Sebelumnya Dato' Jana Santhiran pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 

Sistem pengangkutan yang efisien memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Malaysia yang bakal muncul sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 terus berusaha memantapkan sistem pengangkutan melalui pelbagai transformasi bagi mewujudkan satu sistem pengangkutan yang bersepadu.

Penglibatan Kementerian dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah Pengangkutan Awam Bandar yang merupakan salah satu dari Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), menjadi wadah utama Kementerian dalam membantu negara ke arah pencapaian Wawasan 2020.

Kita sedia maklum arus perubahan sekarang adalah bersifat dinamik dan sentiasa memerlukan daya tahan bagi setiap individu dan organisasi. Perancangan yang mampan dan tepat akan dapat membentuk satu landasan ke arah merealisasikan visi dan misi Jabatan.

Tahniah kepada warga JPJ kerana berjaya menyediakan Pelan Strategik JPJ dalam usaha untuk merealisasikan kenyataan terkandung dalam kerangka Pelan Strategik ini untuk menjadikan JPJ sebuah organisasi yang diiktiraf dan dihormati oleh masyarakat sejagat.