ARTIKEL PILIHAN UNDANG-UNDANG

Cara Membayar Saman JPJ

Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.

 

  1. Saman yang boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
  2. Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.

 

Dimana Saman Boleh Dibayar

 

Saman JPJ boleh dibayar di tempat berikut:

 

  1. Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
  2. Melalui perkhidmatan e-Services.

 

Cara-Cara Pembayaran Saman

 

  1. Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:
  2. Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
  3. Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
  4. Bayaran boleh dibuat secara tunai.
  5. Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
  6. Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan eservices.

 

Tiada rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun . Kadar kompaun setiap kes telah ditetapkan di dalam sistem JPJ.

 

Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG 1 , bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut:

 

  1. http://www.eservices.com.my
  2. http://www.rilek.com.my
  3. http://www.myeg.com.my

 

Tags
jpj saman bayar saman cara bayar saman jpj
Sebelum