OFFICIAL MEDIA STATEMENT

Rakyat didekati, JPJ disenangi

Dengan bertemakan “Rakyat Didekati, JPJ Disenangi”, Jabatan Pengangkutan Jalan hari ini meraikan ulangtahun ke-70 sejarah penubuhannnya dalam satu majlis Perutusan Khas Ketua Pengarah JPJ di Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya. Perutusan khas Ketua Pengarah ini dibacakan oleh semua Pengarah Negeri di seluruh Malaysia. Dalam majlis perutusan ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan telah menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh warga JPJ yang telah menyumbang khidmat bakti kepada jabatan dalam memastikan visi dan misi jabatan tercapai. Selain itu, Ketua Pengarah JPJ juga mengambil peluang dalam majlis ini dengan mengimbau kembali sejarah dan pencapaian JPJ sepanjang tempoh penubuhannya melalui transformasi pembangunan fizikal dan transformasi pembangunan teknologi jabatan. Di samping itu, Ketua Pengarah JPJ juga menyeru supaya seluruh warga JPJ agar mempertingkatkan usaha bagi memberikan perkhidmatan terbaik agar dapat menyentuh hati rakyat.

Tags
jpj 70tahun rakyat didekati jpj disayangi
Previous