Jabatan Pengangkutan Jalan Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussien, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 WP Putrajaya
BIRU- Perkhidmatan yang Mesra, Cekap dan Telus
MERAH - Semangat dan Disiplin yang tinggi dalam perkhidmatan
KUNING - Perkhidmatan yang berpegang kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi serta kukuh dalam nilai agama dan kerohanian
BULAN DAN BINTANG - Menjunjung perkhidmatan yang berlandaskan pegangan agama yang tinggi
BUNGA PADI - Sumbangan ke arah kemakmuran negara melalui kutipan hasil yang cekap dan berkesan
BULATAN DI TENGAH-TENGAH - Menjadi peneraju kepada pembangunan sektor pengangkutan jalan raya yang selamat, cekap dan berdisiplin bagi menyokong pembangunan ekonomi dan sosial negara .Bulatan juga melambangkan JPJ sebagai sebuah yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan sentiasa memandang ke hadapan dalam memenuhi keperluan persekitaran yang dinamik.