Soalan Lazim

PANDUAN MENGENAI PERKHIDMATAN UTAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA 

(PANDUAN INI DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA TERTAKLUK KEPADA SEBARANG ARAHAN ATAU PERKEMBANGAN TERKINI)

 

1) Adakah semua perkhidmatan kaunter di JPJ masih beroperasi di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

Ya, semua kaunter perkhidmatan JPJ akan beroperasi dalam tempoh masa terhad, iaitu mulai jam 9 pagi sehingga jam 1 tengah hari sahaja, mulai 18 Mac 2020. Namun begitu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengurangkan transaksi di kaunter dan menggunakan perkhidamtan atas talian (jika perkhidmatan tersebut disediakan).

Perkhidmatan di kaunter akan dikhaskan bagi perkhidmatan yang betul-betul kritikal sahaja dalam tempoh masa ini. Sekiranya masih perlu mempunyai transaksi di kaunter, orang ramai adalah dinasihatkan untuk memastikan keadaan diri adalah sihat, memakai topeng muka yang bersesuaian dan menggunakan hand sanitizer apabila mendapatkan perkhidmatan di kaunter. Mana-mana orang yang mempunyai simptom deman dan/ atau yang telah diarahkan untuk menjalani self-quarantine adalah diminta untuk tidak mendapatkan sebarang perkhidmatan di kaunter terlibat.

2) Adalah aktiviti penguatkuasaan oleh JPJ akan diteruskan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

Ya, operasi penguatkuasaan akan terus berjalan seperti biasa demi menjamin tahap keselamatan orang ramai yang berada dan menggunakan jalan raya. Pihak JPJ akan memastikan semua angggota yang melaksanakan aktiviti penguatkuasaan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian.

 

3) Di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, adakah operasi perkhidmatan kaunter JPJ di UTC beroperasi seperti biasa seperti mana di premis cawangan-cawangan JPJ?

Tidak, operasi di UTC ditutup kepada umum bermula 18 mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 bagi mencegah penularan baharu wabak Covid-19.

 

4) Adakah aktiviti belajar memandu di Institut Memandu serta pengujian dalam mendapatkan Lesen Memandu diteruskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Tidak, sebarang aktiviti dan semua kursus, ceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP), latihan memandu, ujian teori dan amali memandu di Institut Memandu dan ujian Bahagian 1(KPP01- teori) di Pusat eKhidmat (MyEG, KOMMS dan MYSPEED) ditangguhkan berkuat kuasa 18 mac 2020 sehingga 31 mac 2020 bagi mematuhi dan memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung.

 

5) Adakah aktiviti pemeriksaan berkala yang diwajibkan ke atas kenderaan perdagangan dan pemeriksaan kenderaan secara sukarela kepada kenderaan persendirian masih diteruskan di premis-premis PUSPAKOM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Ya, operasi di cawangan PUSPAKOM akan beroperasi dalam tempoh masa terhad, iaitu mulai jam 9 pagi sehingga jam 1 tengah hari dengan mengambil kira core business PUSPAKOM selaku badan tunggal menjalankan pemeriksaan mandatori kenderaan perdagangan tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (333) yang turut dikategorikan di bawah perkhidmatan penting negara bagi kategori Pengangkutan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

 

6) Adakah terdapat opsyen lain bagi pengendali / operator kenderaan perdagangan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selain di Kaunter JPJ, Pejabat Pos, dan Kiosk MYEG?

Ya, perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) turut boleh dilakukan di semua cawangan PUSPAKOM di Lembah Klang, Melaka, Johor (kecuali cawangan Taman Daya) dan Negeri Sembilan melibatkan hanya kenderaan perdagangan ringan (BDM 7,500 kg dan ke bawah).

 

7) Adakah perkhidmatan bas, teksi & ehailing kepada pengguna sepanjang tempoh kawalan pergerakan / lockdown terus beroperasi sedia ada?

Selaras dengan pengumuman daripada Perdana Menteri pada 17 Mac 2020 yang lalu, perkhidmatan pengangkutan awam adalah dapat diteruskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.