Jabatan Pengangkutan Jalan Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussien, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 WP Putrajaya
Orang awam boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dengan mengemukakan insurans yang telah diperbaharui dan kadar bayaran mengikut jenis kenderaan. Permohonan boleh dibuat melalui ID orang awam di portal JPJ, JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB).
Pembaharuan LKM dibenarkan dua bulan lebih awal dari tarikh tamat LKM untuk tempoh minima 6 bulan sehingga maksimum 1 tahun. Sekiranya LKM kenderaan tidak diperbaharui melebihi tiga (3) tahun, kenderaan perlu dibawa ke Puspakom bagi mendapatkan laporan pemeriksaan kenderaan (b2). Selepas itu, pemillik/wakil perlu hadir ke pejabat jpj bersama-sama dengan laporan b2, perakuan pendaftaran kenderaan asal dan bayaran yang secukupnya bagi tujuan pembaharuan LKM.
Hasil Carian