- Home
- /
- Integrity Division
BAHAGIAN INTEGRITI
- Pengarah
PUAN SUZELIYANA BINTI HASHIM
- Fungsi
1. TADBIR URUS
Menyelaras Dan Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Negeri Dan Memastikan Minit Mesyuarat Beserta Isu-Isu JTK Di Peringkat Negeri Dikemukakan Kepada Urus Setia Mesyuarat JTK Jabatan Di Bahagian Integriti Ibu Pejabat Sebelum Mesyuarat JTK Peringkat Jabatan Diadakan.
2. PENGUKUHAN INTEGRITI
Menyelaras Pelaksanaan Program Pengukuhan Integriti, Advokasi Dan Kesedaran, Latihan, Kursus, Bengkel Atau Seminar Secara Dalaman Atau Melalui Kerjasama Dengan Bahagian Integriti Ibu Pejabat Atau Jabatan/Agensi Luar.
3. PENGESANAN DAN PENGESAHAN
Melaksanakan Aktiviti-Aktiviti Pengesanan (Risikan) Dan Pengesahan (Siasatan Integriti) Serta Menyediakan Fakta Kes/Laporan Siasatan.
4. PENGURUSAN ADUAN INTEGRITI
Merekodkan Semua Aduan Integriti/Maklumat Yang Diterima Serta Menyediakan Maklumbalas Penerimaan Aduan Integriti Dalam Masa Tiga (3) Hari Bekerja.
5. PEMERIKSAAN DAN PEMATUHAN
Menyelaras, Melaksanakan Dan Menyediakan Pelaporan Aktiviti Pemeriksaan Dan Pematuhan Secara Berjadual/Tidak Berjadual Di Pejabat-Pejabat JPJ Negeri, Cawangan, Stesen Penguatkuasa (SPK), Stesen Kawalan Sempadan (SKS) Dan Urban Tranformation Center (UTC).
- Carta Organisasi