LAWS SELECTED ARTICLES

Permohonan Kelulusan Penggunaan Cermin Gelap

Subkaedah 5 (1) dan subkaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Penggunaan Kaca atau Bahan Lutsinar Lain)(Pindaan) 2019, menetapkan cermin depan hendaklah telus cahaya sekurang-kurangya 70% cahaya tampak, manakala cermin kiri dan kanan pemandu hendaklah telus cahaya sekurang-kurangya 50% cahaya tampak.
 
Pengecualian khas pemasangan cermin gelap
 
Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah subkaedah 11(1)(a) dan 11(1)(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Penggunaan Kaca atau Bahan Lutsinar Lain)(Pindaan) 2019. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(1)(a) dan 11(1)(b) yang menghadapi masalah atas faktor kesihatan atau atas faktor keselamatan boleh memohon kelulusan penggunaan cermin gelap.
 
Cara-cara memohon

1.    Prosedur Permohonan
    (i)    Pemohon dikehendaki mengemukakan Permohonan kepada Urusetia Bahagian Penguatkuasa JPJ & Cawangan.
    (ii)    Pemohon menggunakan Borang CG1 yang diisi dengan lengkap dan dikemukakan bersama;

                (a)    salinan kad pengenalan;
                (b)    salinan kad perakuan pendaftaran kenderaan (geran).

    (iii)    Permohonan bagi setiap kenderaan hendaklah dibuat secara berasingan dan ditandatangani oleh pemohon.
    (iv)    Permohonan atas alasan kesihatan dan keselamatan yang disertakan dengan dokumen sokongan sahaja akan dipertimbangkan;

        Bagi Permohonan Berasaskan KESIHATAN

(a)    Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat;
            1)    Pemohon dan pemilik kenderaan tidak mempunyai apa-apa kes yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM berhubung dengan apa-apa                                         pelanggaran Akta APJ, ALPKP dan APAD;
            2)    Laporan Perubatan asal oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan atau Pakar Perubatan Hospital Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian                         Kesihatan Malaysia dengan menyatakan jenis atau nama penyakit secara spesifik;
            3)    Permohonan penggunaan cermin gelap hanya dibenarkan kepada kenderaan yang didaftar atas nama pesakit sahaja, jika tidak sila                                                 kemukakan  surat hubungan dengan pemilik kenderaan jika kenderaan bukan hak milik pemohon (contoh : sijil lahir / sijil perkahwinan dan                             lain-lain yang berkaitan);
            4)    Fi Permohonan dan Fi Kelulusan tidak dikenakan ke atas permohonan kesihatan.

        Bagi Permohonan Berasaskan KESELAMATAN
               (a)    Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat;
                         1)    Pemohon dan pemilik kenderaan tidak mempunyai apa-apa kes yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM berhubung dengan apa-apa                                        pelanggaran Akta APJ, ALPKP dan APAD;
                         2)    Kemukakan Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar;
                         3)    Permohonan penggunaan cermin gelap hanya dibenarkan kepada kenderaan yang didaftar atas nama pemohon sahaja, jika tidak sila                                            kemukakan surat hubungan dengan pemilik kenderaan jika kenderaan bukan hak milik pemohon (contoh : sijil lahir /sijil perkahwinan                                          dan lain-lain yang berkaitan);
                         4)    Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat                                                      pembatalan permohonan @ tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan);
                         5)    Fi Perakuan Kelulusan dikenakan sebanyak RM 5,000.00 dan pembayaran dibuat setelah mendapat surat makluman keputusan                                                     permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap dari Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat (tidak akan dikembalikan sekiranya                                                         pemohon membuat pembatalan permohonan @ tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan).

          (b)    Kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan;
                 1)   Mestilah surat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan;
                 2)   Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan                           permohonan @ tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan);
                 3)    Fi Perakuan tidak dikenakan ke atas permohonan kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan.

(v)    Kelulusan yang telah tamat tempoh sah laku perlu membuat permohonan baru dua (2) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan                                      mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang telah dinyatakan dan bayaran fi dijelaskan.                                                                                                                          (vi)   Setiap kelulusan diberikan untuk tempoh dua (2) tahun sahaja.
(vii)  Kelulusan yang telah tamat tempoh sah laku perlu membuat permohonan baru dua (2) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan                                       menyertakan surat rasmi dan laporan perubatan yang terkini.

        Bagi Permohonan Pertukaran Kelulusan Cermin Gelap
        (a)    Pertukaran kelulusan cermin gelap mestilah atas sebab berikut;
                 1) pemilik kenderaan motor membuat tukar ganti (interchange) nombor pendaftaran kenderaan motor; atau
                 2) pemilik kenderaan motor membuat penukaran kepada mana-mana kenderaan motor yang dimilikinya;

        (b)    Tempoh sah laku kelulusan terdahulu tidak kurang daripada 6 bulan dari tamat tempoh kelulusan.
        (c)    Permohonan yang telah mendapat kelulusan pertukaran, tempoh tamat sah kelulusan mengikut tempoh tamat kelulusan terdahulu.
        (d)    Jika tempoh sah laku kelulusan terdahulu kurang daripada 6 bulan, pemohon perlu membuat permohonan baru.
        (e)    Sertakan surat perakuan kelulusan kenderaan terdahulu.
        (f)    Bayaran fi dikecualikan dan permohonan ini hendaklah dihantar secara terus ke Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ.

2.    Proses Permohonan Cermin Gelap

        (i)   Bayaran Fi Permohonan (RM 50.00) boleh di buat di JPJ Negeri & Cawangan.
        (ii)  Jawatankuasa Khas akan meneliti dan menyemak setiap permohonan yang diterima sebelum diangkat kepada YB Menteri untuk kelulusan.
        (iii) Permohonan yang telah mendapat keluluskan akan diberikan satu surat makluman pembayaran Fi Perakuan (RM 5,000.00) dari Urusetia                                Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ. Setelah pembayaran dibuat satu perakuan kelulusan cermin gelap akan di serahkan kepada pemohon                      secara pos berdaftar atau kendiri.
        (iv) Permohonan yang tidak diluluskan satu Surat Penolakan akan di serah kepada pemohon secara pos berdaftar.

Tags
jpj pemasangan cermin gelap cermin gelap
Previous