FAQ (AES)
Automated Enforcement Systems (AES) Apakah AES?
- Automated Enforcement Systems (AES) adalah merupakan sistem penguatkuasaan yang boleh mengesan dan merakam secara automatik kesalahan lalulintas yang dilakukan oleh pemandu kenderaan di jalan raya.
- AES menggunakan kaedah dimana satu alat pengesan dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
- Ia merupakan kesinambungan beberapa inisiatif di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Tahun 2006-2010.
- Usaha berterusan agensi keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).
- AES bertujuan :
- Mengadaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) sebagaimana yang diamalkan di negara-negara lain.
- Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
- AES juga mampu mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
- Mendidik disamping mengurangkan kadar kematian disebabkan oleh memandu laju.
- Keberkesanan penguatkuasaan akan meningkat kerana pengeluaran saman adalah secara telus, tepat dan cepat.
Automated Awareness Safety System (AwAS)
Apakah AwAS ?
Apakah AwAS ?
- AwAS adalah penjenamaan semula bagi AES yang dilaksanakan pada 2017.
- Masih menggunakan konsep yang sama iaitu satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan radar untuk merakam kesalahan dan menguatkuasakan Sistem Mata Demerit bagi kesalahan AwAS .
- Sistem yang berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalu lintas dilakukan seperti :
- Tidak mematuhi Lampu Isyarat Merah
- Memandu Melebihi Hadlaju
- Memotong Sebelah Kiri
- Memotong di Garisan Berkembar
- Memandu di Lorong Kecemasan
- Larangan Kenderaan Berat di Musim Perayaan
- Tail gating
- Kenderaan Melebihi Muatan
- Congestion Pricing
- Multi-lanes Free Flow
- Mengesan Kenderaan Asing
- Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara online ke Pusat Kawalan (Control Center) untuk diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik kenderaan/ pemandu yang terdapat dalam pangkalan data
- Sistem akan mengeluarkan saman secara automatik untuk dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS)
Kenapa Perlu AwAS?
- Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan pada masa kini.
- AwAS adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan disamping meningkatkan pematuhan terhadap had laju dan lampu isyarat.
- Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
- AwAS mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:
- 24 jam
- Tidak bermusim
- Tiada campur tangan manusia
- Meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musim perayaan semasa Ops Musim Perayaan berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).
- Penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering break kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama.
Bagaimana AwAS berfungsi?
- Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan.
- AwAS adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan.
- Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
- AwAS mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:
- Tidak mematuhi isyarat lampu merah
- Memandu melebihi had laju
- Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AwAS (PKA). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
- Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
- Pada masa hadapan, Sistem ini juga akan secara automatik berintegrasi dengan sistem mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
Apakah kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AwAS berbanding kaedah sedia ada?
- Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.
- Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.
- Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 365 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.
- Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).
- Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
- Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta Pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.
- Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
- Kaedah sistem penguatkuasaan ini tidak menggangu serta menyebabkan kesesakan lalulintas.
- AwAS secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan.
- Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
- Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
- AwAS boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain di masa akan datang seperti:-
- Memotong di garisan berkembar;
- Memotong di sebelah kiri jalan;
- Lebih Muatan;
- Potong barisan;
- Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar;
- Penguatkuasaan laluan bas.
Apakah AwAS berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya?
- Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia.
- Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.
- Contoh keberkesanan AwAS / AwAS di Negara-negara lain:
- PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
- JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AwAS / AwAS (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
- KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.
- UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.
Jikalau AwAS begitu efektif, tidakkah sistem ini tidak lagi diperlukan pada masa hadapan?
- Kalau AwAS begitu efektif, jumlah saman akan menurun namun begitu masih perlu diambilkira:
- 9% pengguna jalanraya adalah yang tegar melakukan kesalahan (habitual offender).
- Volume kenderaan bertambah pada kadar 10% setiap tahun.
- Jumlah pemegang lesen bertambah.
- Kilometer jalanraya bertambah.
- Lokasi blackspot juga akan berubah jika kerja-kerja pembaikan dibuat di kawasan tersebut.
- Isu yang penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan.
Agensi manakah yang akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan AwAS?
- Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuan punya (owner) kepada AwAS.
- Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AwAS:
- JPJ dipertanggungjawabkan sepenuhnya melaksanakan AwAS secara langsung pada 01 September 2018.
- MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AwAS.
- BKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AwAS.
Apakah asas penentuan lokasi pemasangan kamera?
- Penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AwAS dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM, JKR, LLM dan PBT.
- Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan dari laporan kemalangan PDRM (Pol.27).
- Data daripada maklumat laporan ini dianalisa oleh pihak MIROS bagi mengenalpasti koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan.
- Seterusnya lokasi-lokasi tersebut diberi markah (ranking) mengikut kes-kes kemalangan.
- Kes kemalangan diberikan markah mengikut susunan tinggi ke rendah – kes kemalangan, cedera parah, cedera ringan dan kemalangan kecil.
- Lokasi yang mengumpul markah tertinggi diberi keutamaan untuk pemasangan kamera AwAS.
- Lokasi yang dipilih akan diwartakan oleh YB Menteri Pengangkutan seperti mana diperuntukkan dalam Kaedah 3(1)(c) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Kesalahan yang dirakam melalui kamera) 2012.
Adakah rakyat akan marah dengan tindakan kerajaan melaksanakan AwAS?
- Risiko kepada pelaksanaan sistem AwAS adalah ‘public outcry' kerana sistem secara drastik akan mengubah sikap pemanduan dalam masa yang singkat. Namun begitu rakyat mempunyai pilihan untuk tidak melanggar undang-undang.
- AwAS akan dilaksanakan secara berperingkat. Tempoh ini adalah cukup bagi kerajaan melaksanakan program kesedaran dan advokasi.
- Program advokasi adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Keselamaatn Jalan Raya (BKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap pematuhan undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan kes kesalahan trafik dan kesedaran keselamatan jalanraya.
- Lokasi pemasangan kamera tetap AwAS bukan rahsia tetapi diwar-warkan sebagai peringatan kepada pengguna jalanraya. Papan tanda amaran akan dipasang sebelum pengguna jalanraya melalui kawasan yang dipasang kamera AwAS.
Apakah peruntukan undang-undang yang digunakan dalam pelaksanaan AwAS?
- Kesalahan yang dirakam oleh kamera AwAS dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 seperti berikut :-
- Seksyen 79(2) APJ 1987 Gagal Mematuhi Isyarat Lalulintas - melebihi had laju
- Seksyen 79(2) APJ 1987 Gagal Mematuhi Isyarat Lalulintas - isyarat merah
- Seksyen 40(1) APJ 1987 Melebihi had laju
Berapakah kadar kompaun bagi kesalahan AwAS?
- Kadar kompaun yang dikenakan bagi kesalahan AwAS adalah RM 300
- Kadar apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit (RM300) dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit (RM2000).