- Home
- /
- Pusat Media
- /
- Informasi Perkhidmatan JPJ
- /
- Pemandu
- /
- Permohonan Lesen Belajar Memandu...
Permohonan Lesen Belajar Memandu (LDL)
Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ dan kiosk-kiosk eKhidmat
Kelayakan bagi permohonan LDL :
- Berumur melebihi 16 tahun untuk kelas A,B2,B dan C
- Berumur melebihi 17 tahun untuk kelas A1,Ddan DA
- Berumur melebihi 21 tahun untuk kelas E,F,G,H,I dan lesen vokasional kecuali CON berumur 18 tahun
- Lulus ujian undang-undang Bahagian 1 dan keputusan ujian telah dikemaskini (masih berkuatkuasa dalam tempoh satu(1) tahun)
- LDL boleh dikeluarkan dan diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan sehingga tempoh maksimum 2 tahun daripada tarikh mula lesen dikeluarkan
Dokumen Yang Diperlukan:
- MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad /Paspot pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
- Pengenalan diri asal wakil
- 1 keping gambar warna (berlatar puteh) berukuran 25mm x 32mm
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (Warga asing)
- Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.
Syarat:
- Tidak boleh membuat pindaan kelas lesen memandu melebihi 1 kali.
- Pemohon perlu tetapkan kelas lesen sebelum lesen LDL dikeluarkan.