- Home
- /
- Pusat Media
- /
- Informasi Perkhidmatan JPJ
- /
- Penguatkuasaan
- /
- Sistem Pemberian Mata Demerit...
Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA)
1. Mula dilaksanakan pada 15 April 2017 setelah mendapat kelulusan Parlimen menerusi Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 5 April 2017, P.U (A) 110/2017, Jadual 4 Kaedah-Kaedah Pengangkutan (Mata Demerit) 2017
2. Pada tahun 2020, senarai kesalahan di bawah Subkaedah 4(1), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Mata Demerit) 2017, senarai kesalahan telah dikurangkan kepada 20 kesalahan yang dikira di dalam pelaksanaan sistem mata demerit. Dimana kesalahan yang dikeluarkan ini merupakan kesalahan yang melibatkan memandu di bawah pengaruh alkohol dan ujian spesimen nafas terhadap alkohol melebihi had yang dibenarkan yang mana perlu dibawa kes ke mahkamah bagi pertimbangan dan pengadilan oleh Majistret.
3. Pelaksanaan sistem mata demerit kepada pemegang lesen memandu berlaku dengan beberapa peringkat hukuman seperti mana berikut:
- Amaran – 20 mata terkumpul
- Gantung kali pertama (6 bulan hingga 8 bulan) – 20 mata terkumpul
- Gantung kali kedua (8 bulan hingga 10 bulan) – 20 mata terkumpul atau lebih
- Gantung kali ketiga (10 bulan hingga 12 bulan) – 20 mata terkumpul atau lebih
- Gantung kali keempat dan seterusnya (10 bulan hingga 12 bulan) – 20 mata terkumpul atau lebih
4. Pengiraan mata demerit ;
- tidak bermula ketika OKS menerima notis saman oleh JPJ atau PDRM;
- permulaan pengiraan mata demerit ialah apabila OKS membayar kompaun atau denda bagi kesalahan yang tersenarai di dalam Jadual Kesalahan Mata Demerit.
5. Lesen memandu OKS akan DIBATAL sekiranya lesen memandu OKS digantung menerusi sistem demerit sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun.
6. Setelah tamat tempoh penggantungan lesen memandu (12 bulan), OKS boleh memohon semula lesen memandu dan perlu bermula dari awal proses mendapatkan lesen memandu yang disyaratkan oleh JPJ.
Kenyataan Media KEJARA
Kesalahan Berjadual dan Mata Demerit Pindaan Terkini 2022