Skip to content
Portal Rasmi
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
Laman Utama / Soalan Lazim / Bagaimana cara memasang semula aplikasi MyJPJ bagi pengguna Android?

Bagaimana cara memasang semula aplikasi MyJPJ bagi pengguna Android?

  1. Pengguna Android (Google Play Store / Huawei AppGallery)
    • Langkah 1: Tekan dan tahan ikon aplikasi MyJPJ, kemudian pilih Uninstall. (Atau pergi ke Settings > Apps > MyJPJ > Uninstall.)
    • Langkah 2: Sebelum memasang semula aplikasi, buka Settings > Storage > Cached Data, kemudian pilih Clear Cache (jika pilihan ini tersedia). Langkah ini membantu menghapuskan data sementara yang mungkin menyebabkan gangguan.
    • Langkah 3: Buka Google Play Store atau Huawei AppGallery.
    • Langkah 4: Cari aplikasi MyJPJ, kemudian tekan Install.
    • Langkah 5: Setelah pemasangan selesai, buka aplikasi dan cuba log masuk semula menggunakan MyDigital ID.
  2. Setelah berjaya memasang semula aplikasi MyJPJ, sila pastikan perkara berikut sebelum mencuba log masuk:
    • Anda menggunakan versi aplikasi MyJPJ yang terkini.
    • Sambungan internet (Wi-Fi atau data mudah alih) adalah stabil.
    • Tarikh dan masa peranti ditetapkan kepada Automatic.
    • Tiada VPN digunakan semasa proses log masuk.
    • Peranti mempunyai ruang storan yang mencukupi.
Skip to content