Laman Utama / Soalan Lazim / Bagaimana cara memasang semula aplikasi MyJPJ bagi pengguna iPhone (iOS)?
Bagaimana cara memasang semula aplikasi MyJPJ bagi pengguna iPhone (iOS)?
- Pengguna iOS (Apple App Store)
- Langkah 1: Tekan dan tahan ikon aplikasi MyJPJ sehingga menu dipaparkan.
- Langkah 2: Pilih Remove App, kemudian tekan Delete App untuk mengesahkan.
- Langkah 3: Buka Apple App Store.
- Langkah 4: Cari aplikasi MyJPJ, kemudian tekan Get atau Install.
- Langkah 5: Setelah pemasangan selesai, buka aplikasi dan cuba log masuk semula menggunakan MyDigital ID.
- Setelah berjaya memasang semula aplikasi MyJPJ, sila pastikan perkara berikut sebelum mencuba log masuk:
- Anda menggunakan versi aplikasi MyJPJ yang terkini.
- Sambungan internet (Wi-Fi atau data mudah alih) adalah stabil.
- Tarikh dan masa peranti ditetapkan kepada Automatic.
- Tiada VPN digunakan semasa proses log masuk.
- Peranti mempunyai ruang storan yang mencukupi.