Terma & Syarat

  1. Terbuka kepada kategori berikut:
    1. Individu — Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
    2. Perniagaan / Syarikat — Perniagaan atau syarikat yang berdaftar secara sah.
    3. Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional — Hanya dibenarkan kepada entiti yang telah mempunyai rekod berdaftar di dalam Sistem MySIKAP.
    4. Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau — Hanya dibenarkan kepada entiti yang telah mempunyai rekod berdaftar di dalam Sistem MySIKAP.
    5. Bukan Warganegara — Hanya dibenarkan kepada individu yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP. Nombor siri pasport terkini perlu dikemas kini oleh pemilik pasport sekiranya tarikh luput pasport terdahulu telah tamat di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan (kecuali UTC).
  2. Individu, Perniagaan, atau Syarikat yang tidak mempunyai sebarang rekod atau transaksi di JPJ perlulah membuat pengesahan identiti dan pewujudan rekod di Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan (kecuali UTC) yang berhampiran; ATAU
  3. Individu, Perniagaan, atau Syarikat yang telah mempunyai rekod transaksi di JPJ boleh terus melayari portal JPJeBid untuk mendaftar sebagai pembida secara dalam talian.
  4. Individu, Perniagaan, atau Syarikat yang telah membuat pendaftaran awal di Kaunter JPJ perlu membuat pengesahan pautan akaun melalui e-mel yang didaftarkan sebelum log masuk dan membida di portal JPJeBid.
  5. Bukan warganegara / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang tidak mempunyai rekod profil tidak boleh membuat pendaftaran akaun baharu secara terus di portal JPJeBid.
  6. Hanya maklumat pembaharuan e-mel, nombor telefon, dan penama kedua sahaja yang dibenarkan untuk dikemas kini melalui menu profil pengguna JPJeBid. Sekiranya terdapat perubahan butiran peribadi yang lain, pengguna dikehendaki hadir sendiri ke Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan (kecuali UTC) bagi urusan kemas kini maklumat tersebut.
  7. Segala urusan transaksi pembayaran fi perkhidmatan atau amaun bidaan mestilah menggunakan kad kredit tempatan atau kad debit tempatan sahaja (pengeluar perbankan Malaysia / Malaysia Issuer).
  8. Proses bidaan nombor pendaftaran akan dibuka selama lima (5) hari atau mengikut tempoh rasmi yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Waktu bidaan sah diambil kira sepanjang tempoh sistem bidaan berlangsung dan bukannya pada waktu rekod bayaran bidaan disahkan oleh pihak bank. Hanya transaksi bayaran yang berjaya dan selesai diproses sepenuhnya dalam tempoh masa bidaan sahaja yang akan diterima sebagai bidaan yang sah.
  9. Sebarang bidaan yang telah disahkan dan dihantar ke dalam sistem tidak boleh dibatalkan sama sekali.
  10. Tiada had kuantiti ditetapkan untuk menyertai bidaan. Walau bagaimanapun, setiap kategori pembida tertakluk kepada had kelayakan menjadi pemenang seperti jadual berikut:
    Kategori Pembida Had Kelayakan Menjadi Pemenang
    Individu 3 nombor kenderaan bagi setiap siri
    Perniagaan / Syarikat 5 nombor kenderaan bagi setiap siri
    Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional 5 nombor kenderaan bagi setiap siri
    Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau 5 nombor kenderaan bagi setiap siri
    Bukan Warganegara 3 nombor kenderaan bagi setiap siri
  11. Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi ini merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.
  12. Setiap transaksi bidaan tertakluk kepada harga minima dan kenaikan bidaan minima mengikut kategori nombor seperti jadual di bawah:
    Kategori Harga Minima (RM) Kenaikan Bidaan Minima (RM)
    (Kadar 5%)
    Kenaikan Bidaan Minima (RM)
    (Kadar 10% • 30 Minit Terakhir)
    Nombor Bernilai Utama 20,000.00 1,000.00 2,000.00
    Nombor Premium 5,000.00 250.00 500.00
    Nombor Menarik 2,500.00 125.00 250.00
    Nombor Popular 500.00 25.00 50.00
    Nombor Biasa 300.00 15.00 30.00
  13. Bagi pembida yang berjaya, amaun keseluruhan bidaan yang dimenangi akan ditolak secara serta-merta daripada had baki kad kredit atau baki akaun kad debit pembida.
  14. Bagi pembida yang tidak berjaya, pembatalan pegangan transaksi (pre-authorization) oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun transaksi akan dikreditkan atau dilepaskan semula ke kad kredit / kad debit pembida dalam tempoh tujuh (7) hingga 30 hari bekerja tertakluk kepada prosedur bank pengeluar (issuer). Tiada caj perbankan dikenakan bagi urusan pelepasan transaksi ini.
  15. Keputusan rasmi bidaan akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas tempoh bidaan rasmi ditutup. Keputusan bidaan yang diumumkan adalah muktamad.
  16. Pihak Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah perbankan, kelewatan pelepasan baki, atau caj transaksi kad kredit / kad debit yang dikenakan oleh institusi perbankan pembida.
  17. Pembida digalakkan untuk melakukan transaksi bidaan lebih awal bagi memastikan kelancaran pemprosesan bayaran dan mengelakkan kesesakan trafik rangkaian atau kegagalan pemprosesan bayaran di saat akhir.
  18. Pendaftaran nombor pendaftaran kenderaan yang dimenangi boleh dilaksanakan di Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan. Tempoh sah laku pendaftaran adalah selama 12 bulan dari tarikh Surat Keputusan Bidaan Berjaya dikeluarkan. Sekiranya nombor pendaftaran tersebut gagal didaftarkan pada kenderaan dalam tempoh yang ditetapkan, hak ke atas nombor tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis. Segala bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
  19. Bagi nombor pendaftaran yang diperuntukkan di kawasan Pulau Bebas Cukai (PBC) iaitu Pulau Langkawi dan Wilayah Persekutuan Labuan, pendaftaran kenderaan hendaklah dibuat di cawangan JPJ kawasan PBC berkaitan sahaja sebagaimana yang dipersetujui dalam terma bidaan:
    1. Siri ‘KV’ wajib didaftarkan di JPJ Cawangan Pulau Langkawi sahaja.
    2. Siri ‘L’ wajib didaftarkan di JPJ Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.
  20. Nombor Pendaftaran Khas yang bermula dengan tanda indeks EV dikhaskan untuk didaftarkan kepada Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle – EV) yang menggunakan sumber kuasa elektrik sepenuhnya (battery electric vehicle) sahaja:
    1. Nombor Pendaftaran Khas tanda indeks EV diguna pakai oleh semua kenderaan elektrik dan susunan siri dimulakan dengan indeks EV, EV__A, EV__B, dan seterusnya.
    2. Pembelian nombor pendaftaran Khas EV melalui bidaan berjaya mestilah didaftarkan khusus kepada kenderaan elektrik sahaja. Bidaan yang telah berjaya tidak boleh ditarik balik.
    3. Permohonan atau rayuan pembatalan bidaan, pembatalan keputusan, atau permohonan mendaftar nombor siri EV kepada kenderaan selain elektrik sepenuhnya adalah TIDAK DIBENARKAN. Kesemua bayaran fi perkhidmatan dan amaun bidaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.
    4. Terma dan syarat bidaan siri EV ini berkuat kuasa dan dibaca bersekali dengan keseluruhan Terma dan Syarat JPJeBid sedia ada.
  21. Permohonan pelanjutan tempoh pendaftaran bagi nombor pendaftaran kenderaan yang telah dimenangi adalah TIDAK dibenarkan.
  22. Nombor kenderaan yang dimenangi di bawah kategori individu atau pasport hanya boleh dipindah milik atas pertimbangan khas kepada ahli keluarga terdekat sahaja (iaitu ibu, bapa, suami, isteri, adik-beradik, atau anak kandung) dengan mengemukakan bukti sijil kelahiran, sijil nikah, dan dokumen rasmi sokongan semasa proses pendaftaran kenderaan. Pindah milik nama melibatkan entiti Syarikat, Pertubuhan, atau Koperasi adalah TIDAK dibenarkan.
  23. JPJ berhak untuk meminda atau menyemak semula Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Penggunaan berterusan portal JPJeBid disifatkan sebagai penerimaan muktamad yang tidak boleh ditarik balik terhadap sebarang pindaan syarat berkenaan.
  24. JPJ berhak pada setiap masa mengikut budi bicara mutlak untuk mengubah suai, menaik taraf, menggantung, menghadkan, atau menamatkan mana-mana bahagian perkhidmatan portal atau fungsi aplikasi berkaitan (termasuk gerbang pembayaran) secara sementara atau kekal tanpa liabiliti.
  25. JPJ berhak untuk menolak permohonan akses pengguna kepada portal, membatalkan pendaftaran akaun pembida, atau menyekat perkhidmatan bidaan atas sebab-sebab perundangan dan keselamatan.
  26. Sekiranya timbul sebarang pertikaian keputusan bidaan antara pembida, JPJ berhak untuk menahan dan menangguhkan pengesahan keputusan serta urusan pendaftaran nombor pendaftaran kenderaan terbabit sehingga siasatan selesai sepenuhnya.
  27. Setiap pembida bertanggungjawab membekalkan maklumat yang benar, tepat, dan sah. Mana-mana pihak yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan adalah melakukan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 108(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000, atau hukuman penjara antara satu (1) tahun hingga lima (5) tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
  28. Saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan kesemua terma dan syarat perkhidmatan bidaan JPJeBid ini, termasuk sebarang semakan atau pindaan dasar kelak. Dengan menandakan persetujuan atau meneruskan proses bidaan, saya memperakui bahawa tindakan ini membentuk suatu tandatangan digital yang sah dengan kesan perundangan yang mengikat secara muktamad di bawah undang-undang.
Skip to content