Selepas pendaftaran di buat di laman web https://vep.jpj.gov.my, Pemilik kenderaan boleh mendapatkan Tag RFID VEP sama ada hadir ke VEP Tag Collection Centre (VCC) di Danga Bay atau penghantaran melalui Pos ke alamat pemilik.
Fi Pemprosesan tag: RM10
Fi Servis Ejen Pemungut: RM29.50
Fi Servis penghantaran: Tertakluk kepada cas semasa yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan
Log masuk ke portal https://vepams.jpj.gov.my. Pilih Kenderaan berdasarkan senarai. Masukan Nombor siri tag bagi tujuan pengesahan Tag perlu dipasang mengikut kaedah yang ditetapkan sepertimana video panduan Muat naik dan hantar gambar pemasangan tag Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja tag anda diaktifkan melalui emel.
Pemilik kenderaan perlu memperbaharui tag RFID setiap lima (5) tahun bermula dari hari tag RFID VEP diaktifkan.
Tidak. Tag VEP RFID adalah unik untuk setiap kenderaan dan ia tidak boleh dipindahkan kepada kenderaan lain.
Sekiranya Tag RFID VEP dicuri/hilang/rosak akibat kemalangan, anda dikehendaki mengemaskini status kenderaan anda di portal dalam talian. Anda juga dikehendaki untuk mengemukakan laporan polis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila hendak mendapatkan Tag RFID VEP baharu. Bayaran pemprosesan akan dikenakan.
Anda akan mengetahui tag RFID VEP rosak apabila ia tidak dapat dikesan oleh pembaca RFID di kompleks CIQ dan ia disahkan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Walau bagaimanapun, polisi penggantian tidak terpakai pada tag RFID VEP yang telah ditanggalkan atau diusik. Oleh itu, anda akan dikenakan bayaran bagi pengeluaran tag RFID VEP yang baharu.
Tidak boleh. Semua kenderaan berpendaftaran asing perlu mendapatkan VEP RFID tag daripada JPJ.