BAHAGIAN INTEGRITI
- Pengarah
PUAN SUZELIYANA BINTI HASHIM
- Fungsi
1. TADBIR URUSÂ
Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
2. PENGUKUHAN INTEGRITI
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam JPJ.
3. PENGESANAN DAN PENGESAHAN
Membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
4. PENGURUSAN ADUAN INTEGRITI
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran tatakelakuan.
5. PEMERIKSAAN DAN PEMATUHAN
Melaksanakan pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa serta memastikan tiada ruang dan peluang untuk warga kakitangan melakukan kesalahan daripada segi jenayah, tatakelakuan dan etika.
6. TATATERTIB
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.
- Carta Organisasi