- Home
- /
- Pusat Media
- /
- Informasi Perkhidmatan JPJ
- /
- Kenderaan
- /
- Pengeluaran Salinan Perakuan Pendaftaran...
Pengeluaran Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan
Mulai 21 Jun 2010 . Permohonan pengeluaran salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan hanya boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau pegawai agensi kerajaan/syarikat/pertubuhan yang diberi kuasa atau waris sahaja.
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :-
Permohonan oleh Pemilik Berdaftar
- Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
- Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
- Identiti Pengenalan diri asal untuk semakan.
- Surat Kebenaran dari institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja)
- Fi yang telah ditetapkan.
Wakil hadir bagi pihak pemunya berdaftar
- Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
- Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi dengan lengkap.
- Pegawai Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan yang diberi kuasa hendaklah mengemukakan surat rasmi daripada Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan;
- Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
- Fi yang telah ditetapkan.
Permohonan oleh Waris
- Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
- Dua Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap;
- Salinan Identiti Pengenalan Diri pemilik berdaftar kenderaan;
- Salinan Identiti Pengenalan Diri waris;
- Dokumen sokongan sebagai bukti sebab pemilik berdaftar kenderaan tidak dapat hadir sendiri untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau pegawai yang Diberi Kuasa;
- Dokumen sokongan sebagai bukti perhubungan dengan pemilik berdaftar kenderaan;
- Jika pemilik berdaftar kenderaan telah meninggal dunia, borang JPJK7 hendaklah ditandatangani oleh waris yang telah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pesaka Kecil/Executor/Executrix/Administrator yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau Surat Probate (Grant of Probate)/Amanah Raya;
- Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
- Fi yang telah ditetapkan.