- Home
- /
- Pusat Media
- /
- Informasi Perkhidmatan JPJ
- /
- Pemandu
- /
- Permohonan Lesen Memandu Kompeten...
Permohonan Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Permohonan boleh di buat di mana-mana pejabat JPJ negeri / cawangan sahaja
Kelayakan bagi permohonan CDL:
- Memohon dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh percubaan
- Tempoh permohonan adalah satu (1) tahun dari tarikh tamat tempoh kuatkuasa PDL
- Pemilik tidak disenaraihitam
- Lesen memandu boleh dipohon bagi tempoh 1 hingga 5 tahun
Dokumen Yang Diperlukan:
- MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
- Pengenalan diri asal wakil
- 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm (pilihan)
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga asing)
- Bayaran RM20.00 untuk kelas B2, B & C (Kelas A/A1 RM2.00). Bayaran RM30.00 bagi kelas D & ke atas (Warganegara)
- Bayaran RM120.00 untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara)