- Home
- /
- Pusat Media
- /
- Informasi Perkhidmatan JPJ
- /
- Penguatkuasaan
- /
- Pemakaian Tali Pinggang Keledar
Pemakaian Tali Pinggang Keledar
Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008).
Kaedah ini mula berkuatkuasa ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut :
- Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995.
- Kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points); dan
Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.
Intervansi atau inisiatif melalui penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan kecederaan dan kematian apabila berlaku kemalangan jalan raya.
Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar (hadapan atau belakang) akan disaman. Penalti bagi kesalahan ini bagi sabitan pertama adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu (6) bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi dua belas (12) bulan atau kedua-duanya sekali.