Penggunaan basikal elektrik di atas jalan raya adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan di kawasan persendirian sahaja. Ini disebabkan perbezaan kelajuan maksima basikal elektrik dengan kenderaan yang lain boleh mendatangkan pelbagai implikasi di atas jalan raya.
Basikal elektrik TIDAK perlu berdaftar dengan pihak JPJ untuk digunakan.
Pemasangan NGV kepada kenderaan persendirian tidak perlu memohon kelulusan daripada pihak JPJ dan boleh terus ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan.
Pemasangan sunroof TIDAK perlu mendapat kelulusan JPJ bagi memastikan kaedah yang digunakan semasa melakukan kerja-kerja pemasangan adalah bukan kaedah potong sambung.
Penukaran enjin Daihatsu Charade Espri 1.0 kepada enjin Daihatsu Charade De Tomaso 1.6 dibenarkan jika tiada pengubahsuaian dilakukan pada base engine mounting kenderaan tersebut.
Bagi penukaran kabin, hanya buatan yang sama sahaja dibenarkan dan mestilah tidak melibatkan kerja-kerja kimpalan.
Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959.
- Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada bahagian rangka casis (chassis frame).
- Tiada pengubahan struktur dilakukan pada 'Ëœfront cross member', 'steering linkage' dan 'steering box'.
- Tiada pengubahsuaian pada 'base engine mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan 'engine mounting'.
- Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% 'opacity'. (Bagi enjin diesel sahaja).
- Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.
Sila bawa laporan gagal pemeriksaan PUSPAKOM tersebut ke JPJ Negeri yang berhampiran untuk pengesahan. Sekiranya benar terdapat gangguan, pemilik perlu mendapatkan pengesahan daripada Jurutera Profesional yang berdaftar dengan JPJ bagi mengesahkan keselamatan kenderaan tersebut di atas jalan raya.
Pihak JPJ telah mengeluarkan arahan untuk tidak memberi kelulusan penukaran enjin berkeupayaan 2000 cc untuk kereta proton selain model Perdana. Hal ini adalah kerana struktur badan , sistem brek dan suspension model PROTON seperti Saga, Iswara, Wira dan Waja dan lain-lain tidak dapat menampung daya yang besar yang dikeluarkan oleh enjin 2000cc.
Bagi penggunaan lampu hadapan bercahaya putih, ianya perlu mematuhi Kaedah 96 - lampu dan cahaya yang wajib semasa waktu gelap. Bagi pemasangan lampu bercahaya putih secara retrofit (bukan pemasangan dari pengeluar/kilang) adalah tidak dibenarkan.
Pemasangan wrap film pada kenderaan adalah dibenarkan. Tetapi perlulah dipastikan bahawa sesebuah kenderaan hendaklah tidak melebihi dari dua (2) warna. Warna yang lebih dominan hendaklah dikemaskini kedalam sistem pendaftaran kenderaan.
Borang permohonan status kenderaan vintaj/klasik boleh dimuat turun melalui portal JPJ. Kenderaan yang ingin dimohon penukaran status, hendaklah berusia melebihi 25 tahun usia pendaftaran. Selain itu, pemohon hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai tiga (3) buah kenderaan motorkar termasuklah kenderaan yang ingin dimohon penukaran status vintaj/klasik. Borang permohonan boleh dihantar ke mana-mana JPJ Negeri.