Soalan Lazim

1. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?

Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di JPJeBid:

  • Individu: Warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia (PTM) yang berumur 18 tahun dan ke atas.

  • Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.

  • Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.

  • Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.

  • Bukan warganegara: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP. Nombor siri passport terbaru perlu dikemaskini oleh pemilik passport jika tarikh luput passport terdahulu telah tamat di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC.

2. Apakah syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?

Individu/ Perniagaan/ Syarikat/ Bukan Warganegara/ Pertubuhan/ Koperasi/ Badan Profesional/ Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem MySIKAP.

3. Bagaimana caranya untuk mendapatkan ID bagi membolehkan saya mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?

3.1. Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak tetapi tidak mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem MySIKAP perlu mendaftar di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC terlebih dahulu. Sila kemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:

i. Individu:

Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa

ii. Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:

- Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan – Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau

- Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)

- Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

iii. Syarikat Sdn. Bhd:

- Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.

- Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

\* **Sila pastikan anda telah menerima e-mel pengesahan daripada Sistem JPJeBid sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid.**

\* **Pautan pengesahan akan dihantar ke e-mel pengguna dan perlu disahkan dalam tempoh 30 minit sebelum akaun JPJeBid diaktifkan.**

\* **Sekiranya pengesahan tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan pendaftaran dianggap terbatal dan pendaftaran baru perlu diulang semula.**

3.2. Bukan warganegara/ Pertubuhan/ Koperasi/ Badan Profesional/ Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau yang tidak mempunyai rekod adalah tidak tersedia untuk mewujudkan pendaftaran baru bagi JPJeBid

4. Apakah jenis e-mel yang sesuai untuk digunakan semasa pendaftaran di portal JPJebid?

Orang awam atau pengguna portal JPJeBid disarankan menggunakan e-mel **jenis Yahoo dan Gmail yang aktif** bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada Sistem JPJeBid.

5. Bagaimanakah mengenai keselamatan maklumat pengguna sekiranya pendaftaran telah wujud tanpa pengetahuan pengguna yang ingin membuat pendaftaran?

Keselamatan maklumat pengguna yang didaftarkan di portal JPJeBid adalah tanggungjawab pengguna itu sendiri. Sekiranya berlaku pendaftaran tanpa pengetahuan, disarankan pengguna tersebut membuat laporan polis dan menghantar sesalinan kepada pihak kami melalui email aduan Portal JPJeBid untuk tindakan selanjutnya.

6. Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi setelah pendaftaran dilakukan di portal JPJeBid?

Hanya maklumat pembaharuan e-mel dan nombor telefon sahaja yang boleh dikemaskini di menu profil pengguna JPJeBid. Sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi yang lain, pengguna perlu hadir ke pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC untuk kemaskini maklumat tersebut.

7. Apakah browser yang sesuai untuk menggunakan portal JPJeBid?

Orang awam atau pengguna portal JPJeBid disarankan untuk menggunakan browser **Chrome Version 73, Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas** untuk paparan yang lebih baik.

8. Apa yang perlu dilakukan jika capaian semasa proses bidaan terganggu dan tidak berjalan dengan lancar?

Pengguna disarankan untuk menggunakan komputer/komputer riba dengan rangkaian internet yang stabil.

9. Apakah fi dan caj yang dikenakan untuk transaksi bidaan?

RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.

10. Berapa lamakah tempoh bidaan untuk satu (1) siri nombor kenderaan berlangsung?

Tempoh Bidaan untuk satu (1) siri nombor pendaftaran kenderaan berlangsung selama 5 hari dan tamat pada pukul 2200Hrs pada hari kelima (5). Namun Kerajaan boleh menetapkan atau mengubah tempoh bidaan mengikut kehendak semasa. Pembida boleh merujuk kepada iklan-iklan bidaan yang dikeluarkan oleh JPJ.

Waktu bidaan diambil kira sepanjang tempoh bidaan berlangsung dan bukannya pada waktu pengesahan bayaran bidaan pada pihak bank. Hanya transaksi yang berjaya dan selesai pembayaran dalam tempoh bidaan sahaja akan diterima sebagai bidaan yang sah.

*Anda digalakkan untuk melakukan bidaan awal untuk kelancaran semua proses. Elakkan aktiviti bidaan disaat akhir bagi mengelakkan gangguan bayaran.

11. Adakah pembida perlu meletakkan deposit?

Tiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.

12. Bagaimana penentuan harga bidaan dikira?

KategoriHarga Minima (RM)Kenaikan Bidaan Minima (RM)
(Kadar 5%)
Kenaikan Bidaan Minima
Jumlah Bidaan
Kali PertamaKali KeduaKali Ketiga
Nombor Bernilai Utama20,000.00Minima 1,000.0021,000.0022,000.0023,000.00
Nombor Premium5,000.00Minima 250.005,250.005,500.005,750.00
Nombor Menarik2,500.00Minima 125.002,625.002,750.002,875.00
Nombor Popular500.00Minima 25.00525.00550.00575.00
Nombor Biasa300.00Minima 15.00315.00330.00345.00

Contoh 2:

10% × Harga Minima Bidaan = Kenaikan Harga Minima (30 Minit Terakhir)

Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan

KategoriHarga Minima (RM)Kenaikan Bidaan Minima (RM)
(Kadar 10%)
Kenaikan Bidaan Minima
(30 Minit Terakhir)
Jumlah Bidaan
Kali PertamaKali KeduaKali Ketiga
Nombor Bernilai Utama20,000.00Minima 2,000.0022,000.0024,000.0026,000.00
Nombor Premium5,000.00Minima 500.005,500.006,000.006,500.00
Nombor Menarik2,500.00Minima 250.002,750.003,000.003,250.00
Nombor Popular500.00Minima 50.00550.00600.00650.00
Nombor Biasa300.00Minima 30.00330.00360.00390.00

Peningkatan amaun minima ada dipaparkan pada halaman bidaan sebagai rujukan.

Segala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah Pre-Authorization.

Tiada had untuk membida. Walau bagaimanapun, setiap kategori pembida mempunyai had kelayakan menjadi pemenang. Berikut adalah had kelayakan menjadi pemenang mengikut kategori pembida:

KategoriHad Kelayakan Menjadi Pemenang
Individu3 nombor kenderaan bagi setiap siri
Perniagaan/ Syarikat5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Bukan Warganegara3 nombor kenderaan bagi setiap siri

13. Apakah had untuk membida?


Tiada had untuk membida. Walau bagaimanapun, setiap kategori pembida mempunyai had kelayakan menjadi pemenang. Berikut adalah had kelayakan menjadi pemenang mengikut kategori pembida:

KategoriHad Kelayakan Menjadi Pemenang
Individu3 nombor kenderaan bagi setiap siri
Perniagaan/ Syarikat5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Bukan Warganegara3 nombor kenderaan bagi setiap siri

14. Adakah pembida boleh menarik balik atau membatalkan bidaan?

TIDAK. Pembida tidak dibenarkan menarik balik atau membatalkan semua transaksi bidaan yang telah dilakukan.

15. Adakah pembida akan menerima apa- apa makluman semasa tempoh bidaan?

Ya, segala aktiviti yang melibatkan nombor pendaftaran kenderaan yang dibida akan dikemaskini di dalam peti masuk.

16. Bilakah keputusan rasmi bidaan diumumkan?

Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.

17. Bagaimana untuk mengetahui keputusan rasmi jika pembida telah menang/gagal bidaan?

Pentadbir sistem akan menghantar keputusan rasmi samada berjaya atau gagal kepada semua pembida melalui e-mel yang didaftarkan dan di peti masuk akaun JPJeBid.

18. Bagaimanakah kaedah pembayaran bidaan dilakukan?

Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan (Malaysia Issuer) sahaja.

19. Bolehkan pembida menggunakan lebih dari satu kad kredit / kad debit semasa membuat tambahan bida?

Pembida boleh menggunakan lebih dari satu kad kredit untuk membuat tambahan bidaan.

20. Apakah yang berlaku kepada pembayaran bidaan jika bidaan pembida berjaya?

Jika bidaan berjaya, amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.

21. Apakah yang berlaku kepada jumlah bidaan jika bidaan pembida tidak berjaya?

Pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit/ kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.

22. Berapa lamakah tempoh penyelesaian pembayaran bidaan sekiranya bidaan pembida tidak berjaya?

Amaun penyelesaian bayaran akan dikreditkan ke kad kredit/ kad debit pembida dalam tempoh 7 hingga 30 hari bekerja bergantung kepada bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer) tersebut.

23. Sekiranya pembida mengalami masalah berkaitan kad kredit/ kad debit seperti transaksi penolakan dan bayaran balik, kepada siapakah harus pembida rujuk?

Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit / kad debit, pembida boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).

24. Dimanakah Pendaftaran Kenderaan boleh dilakukan?

Pendaftaran Kenderaan boleh dilakukan di semua pejabat dan cawangan JPJ kecuali UTC. Walaubagaimanapun, bagi nombor pendaftaran Kenderaan yang diperuntukkan di kawasan Pulau Bebas Cukai (PBC) hendaklah didaftarkan di JPJ cawangan kawasan PCB tersebut sahaja sepertimana yang telah dinyatakan dan dipersetujui di dalam terma dan syarat JPJeBid oleh pembida. Siri yang dimaksudkan ialah:

- siri "KV" perlulah didaftarkan di JPJ Cawangan Pulau Langkawi.
- siri "L" perlulah didaftarkan di JPJ Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan.

25. Apakah Syarat Nombor Pendaftaran Kenderaan Elektrik?

Nombor Pendaftaran Khas yang bermula dengan tanda indeks EV, adalah dikhaskan untuk didaftarkan kepada kenderaan elektrik/Electric Vehicle (EV) yang menggunakan elektrik sepenuhnya sahaja.

- Nombor Pendaftaran Khas tanda indeks EV akan mula diguna pakai oleh semua kenderaan elektrik dan penggunaan nombor pendaftaran kenderaan elektrik akan dimulakan dengan tanda indeks EV, EV__A, EV__B dan seterusnya.
- Pembelian nombor pendaftaran Khas EV melalui bidaan yang berjaya di Sistem JPJeBid mestilah didaftarkan hanya kepada kenderaan elektrik sahaja. Bidaan yang telah berjaya tidak boleh ditarik balik.
- Permohonan/ Rayuan nombor pendaftaran Khas EV untuk dibatalkan bidaan, dibatalkan keputusan dan didaftarkan kepada kenderaan selain elektrik sepenuhnya adalah **TIDAK DIBENARKAN**. Kesemua bayaran fi perkhidmatan dan amaun bidaan berjaya merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.
- Terma dan Syarat bidaan khas untuk nombor pendaftaran kenderaan EV ini adalah termaktub, berkuatkuasa dan dibaca bersekali dengan Terma dan Syarat JPJeBid yang sedia ada.

26. Apakah dokumen yang perlu dibawa ke JPJ bagi proses pendaftaran kenderaan selepas bidaan berjaya?

Pemenang ataupun mana- mana wakil pemenang hadir ke JPJ dan perlu membawa dokumen seperti dibawah:

- Cetakan e-mel Surat Keputusan Berjaya Bidaan
- Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat

27. Apakah tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan?

Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran.

28. Apakah yang akan berlaku jika pendaftaran nombor kenderaan tidak dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran?

Surat Tawaran yang diberikan akan dianggap luput dan tidak sah. Bayaran yang telah dibuat **TIDAK** akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.

29. Apa yang berlaku jika pembida tidak mahu menerima nombor pendaftaran yang dimenangi?

Nombor pendaftaran kenderaan yang dimenangi akan ditarik balik tanpa sebarang notis selepas tamat tempoh dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.

30. Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama?

Nombor kenderaan yang dimenangi oleh kategori individu/ passport boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan. Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi **TIDAK** dibenarkan.

31. Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh dibuat permohonan lanjutan tempoh pendaftaran?

Permohonan lanjutan tempoh pendaftaran TIDAK dibenarkan.

32. Apakah yang perlu dilakukan jika pembida lupa kata laluan untuk log masuk ke portal JPJeBid?

Pembida boleh menetapkan semula kata laluan dengan memilih e-mel yang didaftarkan melalui cara berikut:

i) Klik lupa kata laluan pada skrin log masuk.
ii) Masukkan nama alamat e-mel yang didaftarkan.
iii) Isikan Captcha.
iv) Klik butang hantar.
v) Mesej akan dihantar pada e-mel berdaftar pembida dan ikuti arahan selanjutnya pada skrin berkenaan.

33. Apakah saluran yang saya boleh hubungi sekiranya terdapat apa- apa pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan sistem JPJeBid?

sila ke halaman hubungi kami [Klik di sini]) untuk maklumat perhubungan

sila ke halaman untuk buat aduan [Klik di sini] untuk membuat aduan

34. Panduan Pengguna

Panduan Pengguna akan diterbitkan sebaik sahaja sistem siap dibangunkan.

Skip to content