ARTIKEL PILIHAN KENDERAAN

Pengeluaran Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan

Mulai 21 Jun 2010 . Permohonan pengeluaran salinan  Perakuan Pendaftaran Kenderaan hanya boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau pegawai agensi kerajaan/syarikat/pertubuhan yang diberi kuasa atau waris sahaja.

 

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :-

 

Permohonan oleh Pemilik Berdaftar

 

  1. Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
  2. Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
  3. Identiti Pengenalan diri asal untuk semakan.
  4. Surat Kebenaran dari institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja)
  5. Fi yang telah ditetapkan.

 

Wakil hadir bagi pihak pemunya berdaftar

 

  1. Satu   Borang Senarai Semak Salinan Geran
  2. Dua salinan  Borang JPJ K7 yang telah diisi dengan lengkap.
  3. Pegawai Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan yang diberi kuasa hendaklah mengemukakan surat rasmi daripada Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan;
  4. Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
  5. Fi yang telah ditetapkan.

 

Permohonan oleh Waris

 

  1. Satu  Borang Senarai Semak Salinan Geran
  2. Dua Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap;
  3. Salinan Identiti Pengenalan Diri pemilik berdaftar kenderaan;
  4. Salinan Identiti Pengenalan Diri waris;
  5. Dokumen sokongan sebagai bukti sebab pemilik berdaftar kenderaan tidak dapat hadir sendiri untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau pegawai yang Diberi Kuasa;
  6. Dokumen sokongan sebagai bukti perhubungan dengan pemilik berdaftar kenderaan;
  7. Jika pemilik berdaftar kenderaan telah meninggal dunia, borang JPJK7 hendaklah ditandatangani oleh waris yang telah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pesaka Kecil/Executor/Executrix/Administrator yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau Surat Probate (Grant of Probate)/Amanah Raya;
  8. Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
  9. Fi yang telah ditetapkan.

 

Tags
jpj pengeluaran salinan perakuan pendaftaran kederaan
Sebelum