Skip to content
Portal Rasmi
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
  1. Home
  2. /
  3. Pusat Media
  4. /
  5. Informasi Perkhidmatan JPJ
  6. /
  7. Kenderaan
  8. /
  9. Panduan Tukar Hakmilik Secara...

Panduan Pertukaran Hak Milikan (THM) Kenderaan Motor Secara Sukarela Melalui Pengesahan Biometrik

SYARAT AM

1. Pemunya Berdaftar dan Pemunya Baharu bagi kenderaan persendirian individu hendaklah hadir sendiri bagi urusan pengesahan cap jari secara biometrik.

2. Wakil hanya boleh dilantik bagi Pemunya Berdaftar atau Pemunya Baharu bagi kenderaan selain milikan persendirian individu.

3. Dokumen asas:

a. Pengesahan Identiti Individu: Pemunya Berdaftar dan Pemunya Baharu hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri antaranya seperti myKad, myTentera, myPR dan Pasport.

b. Pengesahan identiti selain individu seperti Badan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Kedutaan/ Konsulat/ Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pertubuhan/ Koperasi atau Syarikat Sendirian Berhad/ Syarikat Kewangan/ Syarikat Insurans.

 

¨ Dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Corporate Information atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan pengesahan identiti Syarikat (yang sah) atau mana-mana yang berkaitan; atau

¨ Surat atau Dokumen Pertubuhan/ Koperasi/ Badan Berkanun/ Kerajaan dan sebagainya.

 

c. Resolusi Syarikat Berkenaan Persetujuan Penjualan/ Pelupusan/ Pertukaran Hak Milikan Kenderaan Motor yang ditandatangani dan dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah.

d. Surat atau Dokumen Persetujuan Penjualan/ Pelupusan/ Pertukaran Hak Milikan Kenderaan Motor bagi Pertubuhan/ Koperasi/ Badan Berkanun/Kerajaan dan sebagainya.

e. Surat rasmi Lantikan Wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil.

f. Borang JPJK3 yang lengkap diiisi.

 

4. Tiada sekatan kepada urusniaga THM seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai KASTAM yang belum diselesaikan, rekod senarai hitam atau syarat pendaftaran yang lain dan sebagainya.

5. Kenderaaan motor KECUALI motosikal hendaklah menjalani dan lulus pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor yang dilantik;

6. Permit kenderaan perdagangan bagi Pemunya Berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu.

7. Fi dibayar seperti yang ditetapkan.

 

SYARAT KHAS / DOKUMEN KHAS

1. Pemunya Berdaftar yang berada di luar negara

a. Salinan pasport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana Pemunya Berdaftar berada; dan

b. Akuan Berkanun persetujuan penjualan kenderaan motor yang ditandatangani oleh Pemunya Berdaftar di hadapan dan disahkan oleh Pegawai Kedutaan Malaysia di mana Pemunya Berdaftar berada.

2. Pemunya Berdaftar yang telah bertukar Kewarganegaraan

a. Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyatakan telah bertukar Taraf Kewarganegaraan; dan

b. Pemunya Berdaftar perlu hadir sendiri ke JPJ bagi urusan THM.

3. Kenderaan milik syarikat/ perkongsian yang telah digulungkan/ dalam proses pembubaran yang diuruskan oleh Receivers dan Managers/ Liquidators

a. Surat persetujuan penjualan kenderaan;

b. Salinan borang 59 yang disahkan oleh SSM; atau

c. Salinan borang 70 yang disahkan oleh SSM;atau

d. Salinan borang 72 yang disahkan oleh SSM.

4. Kenderaan Perdagangan

a. Khusus untuk kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor yang dilantik.

b. Khusus untuk kenderaan jentera/ kenderaan bomba/ trak tunda/ kenderaan mayat/ hendaklah menjalani pemeriksaan awalan PG11A / PG13B;

c. Surat pembatalan permit/ surat kelulusan ubahsyarat oleh APAD/ LPKP/ Kementerian Pelancongan.

d. Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat.

e. Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai decontrolled; atau

f. Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;

g. Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan (MOF)/ MITI/ KASTAM yang disahkan (jika berkenaan).

Skip to content