Semua kenderaan asing sama ada kenderaan persendirian, komersial, perkhidmatan awam, motosikal atau kenderaan milik kerajaan hendaklah mendaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum memasuki Malaysia. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi JPJ https://vep.jpj.gov.my
Boleh. Walaubagaimanapun pemilik kenderaan perlu membuat pendaftaran dan mendapatkan tag RFID VEP sebelum 1 Oktober 2024.
Pemilik atau pemandu kenderaan asing sebelum memasuki Malayisa perlu membuat pendaftaran melalui laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di https://vep.jpj.gov.my. (Sila pastikan maklumat yang diisytiharkan lengkap dan teratur bagi mendapatkan slip pengesahan pendaftaran yang akan diemelkan).
Tidak. Buat masa ini pendaftaraan hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di https://vep.jpj.gov.my. Pemilik kenderaan boleh mendapatkan Tag RFID VEP sama ada hadir ke VEP Tag Collection Centre (VCC) di Danga Bay atau penghantaran melalui Pos ke alamat pemilik.
Pemilik kenderaan boleh menyemak tarikh luput Tag RFID VEP melalui portal dalam talian. Notifikasi pembaharuan Tag RFID VEP akan dihantar kepada pemilik kenderaan 60 hari, 30 hari dan 10 hari sebelum tarikh tamat tempoh VEP.
Ya. Pemilik kenderaan dikehendaki mengemas kini butiran dan maklumat melalui laman web rasmi JPJ di https://vep.jpj.gov.my
Pendaftaran VEP melalui laman web di https://vep.jpj.gov.my adalah wajib bagi semua kenderaan asing yang ingin memasuki Malaysia. Mana-mana kenderaan asing yang memasuki Malaysia tanpa permit VEP yang sah adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 66H(7) APJ 1987. Jika disabit kesalahan boleh dedenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi enam (6) bulan.
Sila emelken kepada aduanvep@jpj.gov.my atau hubungi pusat khidmat panggilan kami di +603-79412888 untuk bantuan selanjutnya.
Pemilik akaun boleh membuat tetapan semula secara dalam talian dengan menekan butang lupa kata laluan di Portal VEP.
Pembaharuan VEP boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web rasmi JPJ di https://vep.jpj.gov.my. Pemilik kenderaan perlu mengemaskini butiran yang berkaitan sebelum membuat serahan bagi tujuan pendaftaran VEP.
Sila emelkan kepada aduanvep@jpj.gov.my bersama dokuman sokongan di bawah untuk permohonan penyahaktifan tag bagi bantuan dan nasihat selanjutnya.
- Kad NRIC seperti yang telah didaftarkan di dalam portal VEP
- Dokuman pendaftaran yang dikeluarkan oleh LTA
- Notifikasi pertukaran hak milik kenderaan yang dikeluarkan oleh LTA.
*Dokuman sokongan perlu disediakan dalam 3 dokumen berasingan dalam format PDF.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat khidmat panggilan di talian +603-79412888 untuk bantuan selanjutnya.
VEP yang telah tamat tempoh, iaitu mencapai lima tahun dari tarikh pendaftaran, akan dibatalkan secara automatik. Pemilik kenderaan boleh terus membuat permohonan pendaftaran VEP secara dalam talian dengan melayari laman web rasmi JPJ di https://vep.jpj.gov.my.
Tidak. Hanya kenderaan dengan cukai jalan dan insurans yang sah dibenarkan masuk ke Malaysia.
Kenderaan asing boleh berada di Malaysia selama tidak melebihi 90 hari.