Sekiranya saya ingin membuat permohonan bayaran balik selain LKM, apakah dokumen sokongan yang perlu saya kemukakan?
Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi Bayaran Balik Selain LKM ialah:
- Permohonan Pulangan Balik Hasil Selain LKM menggunakan Surat Permohonan seperti di Lampiran E.(Borang SPANM bil.3/2019 Lampiran D3)
- Salinan Dokumen Pengenalan Diri (MyKad / MyPR / Passport) Pemohon.
- Maklumat nama dan nombor akaun bank Pemegang Kad Kredit/ Debit (e-Penyata Akaun Bank/Penyata Akaun Bank Ringkas berserta Letterhead Bank/Penyata Akaun Bank Terperinci berserta Letterhead Bank).
- Salinan penyata bank /kad kredit/ kad debit (4 nombor terakhir kad) pembayar atau mana-mana medium pembayaran yang dibenarkan oleh JPJ yang telah dibuat oleh pembayar sebagai bukti pembayaran.
- Salinan Bukti Pembayaran: Penyata Bank, Penyata Kad Debit/Kredit
Lain-lain dokumen yang berkaitan bagi menyokong tuntutan yang dibuat (Jika Perlu).
Di mana saya perlu kemukakan permohonan Bayaran Balik Selain LKM?
Permohonan bayaran balik boleh dikemukakan mengikut saluran yang dibuat seperti berikut:
- Permohonan melalui kaunter/kios / JPJ Mobile – dikemukakan secara manual kepada Cawangan JPJ berhampiran.
- Pembaharuan melalui Portal JPJ/ Aplikasi MyJPJ/ Kios Fasa 1, 2 dan 4 – dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Hasil Ibu Pejabat, JPJ melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JPJ.
- Pembaharuan melalui rakan strategik (MyEG/ POS Malaysia/ PUSPAKOM) – dikemukakan kepada saluran yang berkenaan.