KENYATAAN MEDIA RASMI

Operasi khas kenderaan klon

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meneruskan usaha membenteras sindiket kenderaan klon dalam operasi khas yang dijalankan secara bersepadu bersama pihak SPRM dan KASTAM. Fokus operasi khas ini adalah menangkap sindiket yang membawa masuk kenderaan klon yang diseludup dari negara Singapura.

Hasil risikan yang dijalankan mendapati, modus operandi sindiket penyeludupan kenderaan dari Singapura ini memiliki Certificate of Entitlement (COE) yang akan tamat dalam tempoh antara 3 hingga 7 hari sebelum dilupuskan. Kenderaan klon ini dijual dengan harga yang murah bergantung kepada model kenderaan dan tahun kenderaan tersebut dibuat.

Harga kenderaan dijual antara 3,000 SGD hingga 5,000 SGD bagi kenderaan jenis model BMW, Lexus, Mercedes, Honda dan Toyota. Setelah kenderan dipilih dan pembayaran dibuat, runner daripada Singapura akan membawa masuk kenderaan tersebut melalui Tambah Johor dan menyerahkan kenderaan yang tersebut menggunakan nombor KENYATAAN MEDIA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN pendaftaran Singapore kepada runner warganegara Malaysia sebelum diserahkan kepada pembeli.

Tags
jpj operasi klon
Sebelum