KENYATAAN MEDIA RASMI

Pelancaran pasukan kadet JPJ di 221 buah sekolah menengah seluruh malaysia

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini melancarkan Penubuhan Pasukan Kadet JPJ Malaysia. Pelancaran pada hari ini dibuat secara serentak di 221 buah sekolah menengah di seluruh negara dengan sokongan dan kerjasama yang penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Sehubungan itu, JPJ ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia di atas usahasama yang dijalinkan ini. Bagi peringkat pemulaan, pasukan Kadet JPJ telah ditubuhkan secara perintis di 17 buah sekolah bermula pada Januari 2015 yang melibatkan sebuah sekolah di setiap negeri dan wilayah persekutuan kecuali di negeri Pahang yang melibatkan 2 buah sekolah. Seterusnya, pada tahun 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan penubuhan Pasukan Kadet JPJ di 204 buah sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara dan menjadikan Pasukan Kadet JPJ sebagai salah satu program kokurikulum di sekolah.

Bagi melaksanakan program ini, JPJ dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah bekerjasama dalam membangunkan kurikulum latihan Kadet JPJ Malaysia bagi pelajar-pelajar yang menyertai pasukan kadet ini. 

Tags
jpj kadet jpj
Sebelum