KENYATAAN MEDIA RASMI

Kenyataan media jabatan pengangkutan jalan malaysia pelaksanaan ops jalan sempena cuti sambutan hari krismas dan tahun baru 2017

Sempena cuti sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2017, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melaksanakan “Ops Jalan” sebagaimana halatuju dan visi YB Menteri yang mahukan aktiviti penguatkuasaan dijalankan secara holistik dan tidak bermusim termasuklah di musim cuti yang panjang. Tujuan operasi ini adalah untuk :

  1. Mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya
  2. Membudayakan pemanduan berhemah dan selamat oleh pengguna jalan raya
  3. Mempertingkatkan Perception Of Being Caught (POBC) di kalangan pengguna jalan raya
  4. Mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya sepanjang tempoh operasi. Pelaksanaan operasi ini adalah seperti berikut : -

TEMPOH PENGUATKUASAAN
a) Cuti Sambutan Krismas bermula pada 24 hingga 26 Disember 2016
b) Cuti tahun baru 2017 bermula pada 30 Disember 2016 hingga 02 Januari 2017.

Tags
ops cuti krismas jalan