KENYATAAN MEDIA RASMI

Ops cantas khas tonto

1.   Hasil perancangan dan risikan selama 3 bulan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara Pasukan Tindakan Khas (PTK) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Unit Kongsi Gelap (D7) Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu operasi yang dinamakan sebagai Ops Cantas Khas Tonto telah mula digempur sejak 26 April 2016.

2. Gabungan kerjasama penguatkuasaan antara PTK dan D7 yang merupakan pasukan bagi membenteras kes-kes kritikal seperti sindiket tonto ini telah berjaya menahan seramai 15 orang tonto dan menyita sebanyak 13 buah kenderaan tonto.

3. Daripada siasatan yang dibuat, mereka yang ditangkap dikenalpasti sebagai dalang dan ketua sindiket terancang kepada tonto. Kesemua mereka yang ditahan akan diambil tindakan dan didakwa dibawah Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

4. Tujuan Ops Cantas Khas Tonto diadakan adalah untuk memerangi dan melumpuhkan jenayah yang dilakukan oleh sindiket tonto yang memberi ancaman kepada keselamatan awam. Sindiket tonto ini melindungi dan memberi maklumat kepada pengusaha lori yang melakukan kesalahan membawa lebih muatan dan muatan berbahaya daripada ditahan oleh agensi penguatkuasa.

Tags
jpj ops tonto
Sebelum