KENYATAAN MEDIA RASMI

Sistem integrasi bersepadu agensi penguatkuasa

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ingin menjelaskan bahawa, pengurusan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang, merupakan suatu keutamaan bagi semua agensi penguatkuasa.

Baru-baru ini, JPJ telah mengadakan perbincangan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Melalui perbincangan tersebut, ketiga-tiga agensi penguatkuasa amat komited untuk menambah baik sistem pengurusan penguatkuasaan ke arah yang lebih komprehensif.

Dalam hal ini, perkongsian maklumat penguatkuasaan antara ketiga-tiga agensi penguatkuasa merupakan suatu keperluan, selari dengan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Buat masa ini, JPJ menggunakan sistem perkomputeran mySIKAP, manakala PDRM dan SPAD mempunyai sistem masing-masing dalam menjalankan operasi penguatkuasaan jalan raya. Oleh itu, persetujuan telah dibuat supaya, sistem integrasi sedia ada yang dilaksanakan secara masa nyata (real time) pada masa ini perlu dipertingkatkan khususnya prosedur menyenarai hitam pemandu, pemilik dan kenderaan. Hal ini KENYATAAN MEDIA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN penting supaya, pengguna yang berada di atas jalan raya merupakan mereka yang kompeten.

Tags
jpj sistem integrasi bersepadu agensi penguatkuasa
Sebelum