Skip to content
  1. Home
  2. /
  3. Cara Membayar Saman JPJ

Cara Membayar Saman JPJ

Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.

  1. Saman yang boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
  2. Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman (JPJ P22) dan jumlah bayaran.
  3. Bagi saman atas sebab ketidak patuhan kepada notis (Notis Temusiasat 114, Notis Mengemukakan Maklumat Pemandu 115, Notis Arah Periksa 61(1)), Notis asal hendaklah diselesaikan dahulu sebelum bayaran boleh dibuat.
  4. Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.

 

Dimana Saman Boleh Dibayar

Saman JPJ boleh dibayar di tempat berikut:

  1. Melalui aplikasi myJPJ, Portal awam JPJ, dan MyEG
  2. Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan, Pejabat Kecil JPJ, UTC & Kios JPJ.
Skip to content