ARTIKEL PILIHAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

Garis Panduan Perkhidmatan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)

Garis Panduan ini adalah merupakan satu dokumen panduan dan rujukan kepada semua pihak mengenai syarat-syarat kelayakan/perkhidmatan, prosedur, peraturan, standard dan tatacara kawal selia bagi pemberian lesen melaksanakan perkhidmatan dan mengoperasikan pusat pemeriksaan kenderaan motor bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].

MOT dan JPJ pada bila-bila masa akan mengemaskini mana-mana maklumat yang terkandung di dalam Garis Panduan ini. MOT dan JPJ juga berhak untuk menetapkan lain-lain syarat pelesenan yang tidak terkandung di dalam Garis Panduan ini.

Sesi taklimat berkaitan garis panduan ini akan diadakan pada 23 April 2024. Kod QR telah disediakan untuk pengesahan kehadiran ke sesi taklimat tersebut.

Borang permohonan PPKM akan dimuatnaik di portal JPJ selepas sesi taklimat tersebut diadakan

Previous