Garis Panduan Perkhidmatan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Garis Panduan ini adalah merupakan satu dokumen panduan dan rujukan kepada semua pihak mengenai syarat-syarat kelayakan/perkhidmatan, prosedur, peraturan, standard dan tatacara kawal selia bagi pemberian lesen melaksanakan perkhidmatan dan mengoperasikan pusat pemeriksaan kenderaan motor bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].
MOT dan JPJ pada bila-bila masa akan mengemaskini mana-mana maklumat yang terkandung di dalam Garis Panduan ini. MOT dan JPJ juga berhak untuk menetapkan lain-lain syarat pelesenan yang tidak terkandung di dalam Garis Panduan ini.
Senarai kawasan perkhidmatan PPKM yang ditawarkan telah boleh dimuaturun untuk panduan dan rujukan.
Borang Permohonan PPKM hendaklah diisi bagi setiap kawasan perkhidmatan PPKM. Permohonan PPKM Fasa 2 boleh mula dikemukakan kepada JPJ mulai 1 Mac 2025 sehingga 30 Jun 2025.
Sebarang pertanyaan berhubung permohonan PPKM boleh diemelkan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ melalui ppkm.ka@jpj.gov.my
Garis Panduan Syarat-Syarat Penawaran Pemberian Lesen Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor
Borang Permohonan PPKM Dan Senarai Semak
Senarai Lokasi PPKM