Skip to content
  1. Home
  2. /
  3. JPJ Prihatin Selanjutnya

JPJ Prihatin

PENGURANGAN LKM (ROADTAX) UNTUK KENDERAAN KLASIK / VINTAJ

Perkhidmatan ini membolehkan orang awam memohon pengkelasan kenderaan klasik / vintaj mereka bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) seperti Arahan Jabatan Bilangan 13/ 2000 (Pindaan 1/2002), Prosedur Permohonan untuk Mendapatkan Status Motokar Vintaj / Klasik Bagi Tujuan Pengurangan Bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM). Sistem akan mengklasifikasikan kenderaan tersebut mengikut tahun pembuatan di mana 50 tahun dikategorikan kenderaan vintaj (pengecualian LKM 90%) dan 25 tahun kenderaan klasik (pengecualian LKM 80%). Sila rujuk JPJ berdekatan untuk maklumat lanjut.

PENGURANGAN LKM (ROADTAX) BAGI NGO/ LEMBAGA

Semua permohonan ini perlu melalui JPJ Negeri/Cawangan untuk proses awalan sebelum kelulusan. Sila rujuk JPJ berdekatan untuk maklumat lanjut.

Jenis Kenderaan /
Organisasi Pertubuhan
Bas Van Kereta Jip Lain Lain Kenderaan
Kenderaan Jenazah / Mayat 100%
Kenderaan OKU / Amal / Kanser / Spastik 70% 100% 50% 50% 50%
Kenderaan Masjid / Buddha / Kuil / Gereja 50% 100% 50% 50% 50%
Kenderaan Anak Yatim /Yayasan / Orang Tua 70% 100% 50% 50% 50%
Kenderaan Bomba / Ambulans NGO 50% 100% 50% 50% 50%
Kenderaan Perhilitan / Lembaga / Lain-Lain 50% 50% 50% 50% 50%
Skip to content